Jumlah Paparan Halaman

Facebook like

Jom Like dan Share Fb Coach VB437

Powered By Blogger

Dr Auto ILPKL

Dr Auto ILPKL
Pulzar Oil at Dr Auto ILPKL

O2O Member

020 Member

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)
CNI Business Owner (Klik Logo)
Memaparkan catatan dengan label kempen pemasaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kempen pemasaran. Papar semua catatan

ELEMEN ASAS PEMASARAN


Pelanggan atau klien menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah  orang yang membeli produk atau mendapatkan perkhidmatan daripada kita dengan secara tetap, manakala pembeli pula ialah orang yang membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Elemen asas pemasaran terbahagi kepada 11 perkara seperti yang disenaraikan di dalam Jadual 2.1. Tujuan utama pemasaran ialah untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.


Jadual 2.1: Elemen asas pemasaran
Elemen pemasaran
Takrif
Keperluan
Perkara asas yang berguna atau penting di dalam kehidupan seseorang manusia.
Kehendak
Hajat, keinginan atau kemahuan.
Permintaan
Perbuatan meminta. Di dalam pemasaran permintaan merujuk kepada keinginan seseorang untuk memenuhi sesuatu keperluan.
Produk
Apa sahaja yang ditawarkan kepada pembeli untuk dimiliki atau digunakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pembeli. Produk tidak terhad kepada barangan berbentuk fizikal sahaja, perkhidmatan seperti perbankan, perhotelan, penerbangan juga merupakan satu produk.
Perkhidmatan
Aktiviti atau faedah yang ditawarkan kepada pembeli atau pelanggan yang tidak boleh dimiliki secara ketara.
Nilai
Harga sesuatu dibandingkan dengan harga yang lain
Kepuasan
Berasa senang kerana sudah terpenuh hasrat hati
Kualiti
Keadaan sesuatu benda
Pertukaran
Memberi dan menerima ganti
Urus niaga
Segala urusan yang berkaitan dengan perniagaan atau perdagangan
Perhubungan
Proses membina rangkaian di antara penjual dengan pembeli


Pengiraan margin jualan

Margin merupakan untung bersih yang diperolehi oleh usahawan setelah menolak kos – kos yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa proses penghasilan produk atau perkhidmatan.

Katakan kita beli satu barang dengan harga RM10 dan jual dengan harga RM20. 
Berapa untung kita?

Harga kos beli = RM10
Harga jualan = RM20

Untung RM10! Wow! Banyak tu.

Yang kat atas tu dipanggil untung kasar atau gross margin, untung yang belum tentu untung.

Untung kasar = (Harga Jual - Harga beli)/Harga jual

Untung kasar = (20-10)/20 = 50%

Kenapa belum tentu untung, sebab dalam untung kasar tu masih ada kos lain yang belum dikira.

Apa kos-kos lain?
Katakan kos-kos lain dalam bentuk peratusan ialah seperti berikut:
Gaji kita = 10% (Untung perniagaan bukan duit kita, kita hanya boleh ambil gaji je)
Untung syarikat = 15% (Ya, kita perlu siap-siap letakkan untung yang kita mahu. Bukan tunggu apa yang tinggal kemudian)
Kos iklan = 10%
Kos tetap = 10% (Kos sewa, pekerja, utiliti dsb)
Kos pos = 12% (Jika kita tanggung kos pos)
Jumlah kos tersembunyi = 57%

Jadi dalam kes ini kita masih rugi, sebab untuk dapat untung kita perlu dapat untung kasar sekurang – kurangnya 57%, lebih daripada tu baru dikira sebagai untung bersih.

Margin atau Markup

Margin Untung = Untung / Harga Jual

Margin Untung = RM10 / RM20
Margin Untung = 50%

Markup Untung = Untung / Kos

Markup Untung = RM10 / RM10
Markup Untung = 100%

Pengiraan Markup akan menunjukkan yang anda banyak untung. Walaupun sebenarnya tidak.
20% Markup = 16.7% Margin
30% Markup = 23% Margin
40% Markup = 28.6% Margin
50% Markup = 33% Margin
100% Markup = 50% Margin
Untung 100% atau lebih dari itu sebenarnya tahyul.


Gunakan Margin apabila menentukan harga jualan. Kalau gunakan Markup, akan ada beberapa masalah yang timbul. Contohnya kos-kos tersembunyi lain akan diabaikan. Maka harga jualan kurang tepat. Untung boleh jadi nipis atau rugi terus.



Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas
Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Mengenali Pelanggan


Tahniah! Sekarang kau dah tahu apa nak jual dan apa kelebihan barangan jual kau.
Soalan berikutnya: 

Kau nak jual pada siapa?
Apalah kau, siapa nak beli aku juallah? Cop, cop, berehat sebentar bersama – sama Kitkat.

Kau meniaga apa sebenarnya?
Aku jual burger.

Ok, kalau ada orang dari negara Go Head Gostan nak order burger kau boleh tak?
Mana boleh bro! Aku buat Cash On Delivery, sekitar bandar aku aje.

Kalau camtu kau kena buat segementation, kau tak boleh jual pada semua orang.
Maksud kau jual burger tak perlu buat promosi ke?
Mana boleh camtu bro. Tak kenal maka tak tahu. Burger king yang bisnes berjuta pun buat promosi.

Kau tetap kena buat promosi tapi kena tumpu pada golongan sasaran, itulah segementation.

Maksudnya bila kau buat iklan guna FB Ads ke, Instagram ke, Whatsapp ke, kau kena sesuaikan dengan golongan sasaran kau, guna bahasa yang sesuai dengan mereka, sasarkan iklan kau kat kawasan yang sesuai, baru iklan dan promosi yang kau buat tu berbaloi. Baru boleh dapat Return On Investment (ROI).

Benda ni akan kita bincang bila sampai masa yang sesuai nanti, sekarang ni ingat. Jangan Jual kepada semua orang, buat segmentasi.


Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Unique Selling Proposition (USP)

 Aku dah tahu dah apa yang aku nak jual, tapi aku tengok ramai orang lain jual benda yang sama camna ni. Nak kena tukar produk ke? Kau yakin produk ni boleh jual? Kau dah tahu pada siapa kau nak jual? Jika semua jawapan untuk soalan ni ya. Just Duit bro. Tapi kau kena tahu apa USP produk atau perkhidmatan kau.
  

Apa benda pulak USP ni? USB aku tahulah, lubang untuk cucuk pendrive tu. 
Ha! Pandai pun, USP ni lubang untuk cari pembeli dan membina pelanggan. Apa beza pembeli dengan pelanggan? Bukan sama je ke. Pembeli ialah orang yang beli dari kita, pelanggan ialah orng yang membeli secara berulang dengan kita, kan beza tu.

Ok dah faham dah. USP tu apa pulak? USP ni apa yang membezakan apa yang kau jual dengan orang lain. X Factor. Kau tengok gambar kat bawah tu. Jika tak faham juga, kau Google je banyak maklumat pasal USP ni, tapi cerita sama je, camna nak pengaruhi orang lain untuk beli barang dari kita. Camna tu? Penuhilah keperluan dan kehendak pembeli. Kalau dia tak cukup kasih sayang kau belai lah dengan ayat power, kalau dia lapar kau offerlah dia makanan, kalau dia tak cukup duit kau offerlah barang yang murah atau beri diskaun.

Klik gambar untuk paparan lelbih jelas

Klik gambar untuk paparan lelbih jelas

Klik gambar untuk paparan lelbih jelas


Validasi idea perniagaan


Rugi dalam perniagaan ni perkara biasa. Alamak dah lah modal kecik, belum mula meniaga lagi kau dah sembang bab rugi, payahlah camni. Ramai orang berniaga kemudian tak lama pastu “bungkus” sebab mereka tak bersedia untuk rugi. Untuk kurangkan kerugian kita kena buat validasi idea perniagaan.

Validasi idea perniagaan, apa tu?
Validasi idea perniagaan cerita dia camni, sebelum mula meniaga kita buat kajian mengenai sesuatu idea, bahasa mudahnya jika aku jual barang ni ada orang nak beli tak? Meniaga kan nak untung, kalau produk tak boleh jual camna nak untung. Apa bendalah validasi bagai, aku nak kaya dan berjaya. Sabar jap bro, kau tengok gambar kat bawah dulu. Jangan ikut macam cerita Titanic, You Jump I Jump. Kau tahukan apa jadi dengan kapal Titanic tu.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Camna nak tahu idea perniagaan tu ok ke tak?
Idea perniagaan dianggap gagal apabila:
  • Produk dan perkhidmatan tidak mempunyai permintaan yang tinggi. Ini berlaku kerana produk telah berada di tahap matang dan sedang menuju ke arah penurunan permintaan. Tengok graf tu kalau baru nak mula meniaga cari produk yang sedang naik bukit, jangan jual produk yang sedang duduk atas bukit atau sedang turun bukit. Camna nak tahu produk tu dah ada tas bukit. Tengok je kalau produk tu dah viral gila, dah ramai yang jual, tak lama lagi dia akan turun bukit.
Klik gambar untuk paparan lebih jelas


  • Produk atau perkhidmatan yang kita nak jual tu tak boleh selesaikan masalah orang lain. Contohnya jual aiskrim, masa suhu semasa berada di bawah paras beku. Memang beku otak nak fikir.
  • Atau pun kau jual sesuatu secara “syok sendiri”.


Camtu ka! Nasib baik aku tak mula meniaga lagi. Validasi idea ni sama dengan kajian pasaran kan tentu banyak duit nak pakai. Syarikat besar memanglah akan guna consultant untuk buat kajian, orang macam kita ni guna kaedah kampung dah lah.
  • Tanya orang sekitar pejabat ke, orang kampung ke, sesiapa jelah yang kita rasa akan beli barang yang kita nak jual tu. Tanya dia orang kalau aku jual barang ni kau nak beli tak? Kau suka kaler apa? Warna apa? Saiz besar mana?
  • Kau pusing – pusinglah kat sekitar taman perumahan ke, kampung ke, bandar ke, tengok apa yang orang lain jual. Bila dah jumpa sesuatu yang kau minat, duduk kat situ 2 – 3 hari perhatikan siapa yang beli barang tu? Bila masa orang datang beli? Berapa ramai orang datang? Sambil tu kau tanya kat pembeli atau pelanggan kat situ kenapa dia suka beli barang kat situ?
  • Kalau nak buat jualan on line bolehlah buat survey on line, guna Google form ke, Survey monkey ke, Facebook ke.

Yang penting jangan syok sendiri, kaji dulu, baru jual.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Definisi perniagaan

Perniagaan ialah urusan jual beli untuk menghasilkan keuntungan. Perniagaan melibatkan hubungan 2 hala. Sekarang kuasa lebih pada pembeli dan bukan penjual.


Klik gambar untuk paparan lebih jelas




Klik gambar untuk paparan lebih jelas




Apa Tujuan pemasaran?

Menurut Dr Phlip Kotler soalan ini boleh dijawab dengan tiga cara iaitu:
  • Pada pengikat awal pemasaran ialah proses untuk menjual  produk kepada sesiapa sahaja dan kepada semua orang.
  • Objektif pemasaran peringkat kedua ialah untuk menghasilkan produk untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang masih belum dipenuhi oleh produk sedia ada di pasaran.
  • Objektif pemasaran terkini ialah menghasilkan produk yang dapat mengingkatkan standard dan kuaiti kehidupan. 

Peranan utama pemasaran ialah mengenal pasti kepeluan dan kehendak manusia yang masih belum dipenuhi dengan mencipta penyelesaian yang baru dan kreatif. 



Pejenamaan


Jenama ialah identiti merupakan identiti sesuatu produk, perkhidmatan atau perniagaan. Jenama terdiri daripada gabungan nama, istilah, tanda, simbol, campuran warna dan slogan. Jenama menggambarkan ciri, kualiti dan perwatakan produk atau perkhidmatan.   

Penjenamaan ialah suatu proses ialah proses yang digunakan untuk membentuk persepsi atau tanggapan mengenai sesuatu produk di dalam minda pengguna. Comtoh persepsi ialah bila disebut KFC otak akan membayangkan ayam goreng yang ranggup sehingga menjilat jari, Air Asia tambang murah, Ikea perabut yang kreatif dengan harga yang berpatutan.

Untuk membina sebuah jenama yang berkesan ia haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:
1.      Identiti jenama yang jelas
2.      Budaya jenama yang kukuh
3.      Mampu memberi pengalaman jenama yang bermakna
4.      Dapat melahirkan nilai emosi
5.      Dapat menjalinkan perhubungan yang bermakna
6.      Manfaat Penjenamaan

Takrif Pemasaran dan Kajian Pasaran

Dr Philip Kotler di laman web  kotlermarketing.com mendefinisikan pemasaran sebagai sains dan seni yang meneroka, menghasilkan dan memberikan nilai untuk memuaskan keperluan kumpulan sasaran untuk membuat keuntungan. Pemasaran mengenal pasti keperluan dan keinginan yang tidak dipenuhi.

American Marketing Association (American Marketing Association, 2013)
mentakrifkan pemasaran sebagai satu set proses dan tindakan yang melibatkan komunikasi, penghantaran dan pertukaran tawaran yang mempunyai nilai kepada pembeli, pelanggan, rakan kongsi dan masyarakat secara umumnya.

Proses utama pemasaran terdiri daripada mengenal pasti peluang, membangunkan produk baru, menarik perhatian pembeli, mengekalkan kesetiaan pembeli dan memenuhi pesanan. Untuk berjaya sesebuah syarikat perlu memastikan bahawa setiap proses berjalan dengan lancar dan melangkaui jangkaan pelanggan.  Kegagalan syarikat memenuhi kepuasan pelanggan akan menyebabkan syarikat tersebut berhadapan dengan risiko kehilangan pelanggan.
Kajian pasaran ialah aktiviti yang digunakan oleh pemasar untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengguna dan orang ramai. Matlamat utama pemasaran ialah untuk mempengaruhi persepsi dan kelakuan pembeli. Setelah mengetahui kehendak dan keperluan pengguna, penjual mampu untuk menyusun strategi pemasaran yang akan mempengaruhi persepsi pengguna. Maklumat yang diperolehi daripada kajian pasaran ini digunakan untuk mengenal pasti, mengkaji dan memilih peluang perniagaan.

Peluang perniagaan wujud apabila terdapat ruang atau kesempatan untuk menawarkan barangan yang boleh memenuhi permintaan dan cita rasa pelanggan. Peluang perniagaan wujud dalam pasaran disebabkan oleh dua situasi. Keadaan pertama ialah barangan sudah sedia ada dalam pasaran tidak memenuhi keperluan dan kehendak pengguna disebabkan oleh barangan kurang bermutu, kurang pilihan, harga yang tidak berpatutan, sukar diperolehi atau ciri yang kurang menarik. Situasi kedua ialah pengguna mahukan barangan yang mampu menyelesaikan masalah seharian mereka.

Anda tanya, Gambar Jawab!

Kenapa perlu guna FB untuk membuat promosi?

Statistik dari MCMC

Pengguna internet guna apa untuk layari internet ek?
Statistik dari MCMC
Camna bakal pembeli membuat keputusan untuk beli sesuatu barangan ek?
Statistik dari Marekto
Betul ke dengan menggunakan pemasaran online iklan kita akan terpapar dimana - mana sahaja?

Saya baru nak mulakan perniagaan, produk camna yang saya perlu jual ek?

Well3 Tongkat Ali Capsule

Well3 Tongkat Ali Capsule RM 104.00 Kapsul Tongkat Ali diperbuat daripada akar Tongkat Ali yang berkualiti tinggi, diperolehi darip...