Facebook Insights ialah sebuah alat pengesan yang terdapat pada
Facebook Page yang boleh digunakan untuk mengesan interaksi pengguna di
sesebuah Facebook Page. Facebook insight boleh digunakan untuk mengesan jumlah
pengguna yang aktif untuk memahami prestasi Facebook Page.
Dengan Facebook Page Insight, anda boleh:
·
Memahami prestasi Facebook Page anda;
·
Kandungan yang menarik minat pengunjung; dan
·
Mengoptimumkan kandungan page supaya pengunjung
memberitahu rakan mereka mengenai
Untuk memaparkan Insight Facebook Page anda, lawati Faceebook Page dan
klik pada tab Insight pada sebelah atas page anda.
Anda boleh menilai Insight data melalui dashboard atau mengeksport data
tersebut ke dalam bentuk excel dengan menggunakan butang “Export” di sebelah
kanan atas.
Apabila butang “Export” ditekan, sebuah dialog box akan terpapar dan
anda boleh memilih:
- Julat tarikh data yang ingin anda lihat mengenai page anda;
- Bentuk fail yang hendak dimuat turun sama ada dalam bentuk Excel atau CSV;
- Jenis data yang ingin dilihat; “Page data” untuk melihat data terkumpul atau “Post data” data mengenai setiap post di dalam page.
Page summary
Page Summary menunjukkan metric utama di dalam pages anda dalam masa 7
hari, data yang dipaparkan ialah Page Likes, Post Engagement, and Reach. Metric
ialah penelitian yang terperinci dan sistematik tentang pola atau corak. Bahagian
ini turut memaparkan peratus perubahan berbanding tempoh masa sebelumnya.
Bahagian ini penting untuk mendapatkan penilaian cepat berkaitan
prestasi Facebook Page. Sebagai contoh untuk mengembangkan pengikut anda boleh
menumpukan kepada Page like dan Reach. Jika ada menggunakan video untuk membuat
hubungan (engagement), anda boleh melihat pada data video view dan post
engagement.
Your 5 Most Recent Posts
Bahagian ini menunjukkan maklumat penting berkaitan lima post terakhir,
maklumat yang dipaparkan terdiri dari tarikh
dan masa, post caption, jenis post, targeting, reach, and engagement.
Maklumat dari bahagian ini boleh digunakan untuk menilai prestasi sesuatu
post dan jenis post yang beraksi dengan baik kebelakangan ini.
Page to watch
Senarai page yang memaparkan jenis post yang sama. Bahagian ini
membenarkan anda membuat perbandingan prestasi page anda dengan page lain yang
memaparkan kandungan post yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan