Langkah awal sebelum menulis kandungan sesebuah blog ialah untuk
mengenal pasti kenapa dan kepada siapa anda menulis kandungan blog.
Anda
mungkin menjawab, saya menulis untuk bakal pelanggan saya.
Itu memang betul,
untuk memastikan anda menulis kandungan yang tepat dengan kehendak dan
keperluan golongan sasaran anda perlu terlebih dahulu mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh kumpulan sasaran anda dan cara untuk mengatasinya.
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membina persona
atau avatar iatu watak ciptaan anda yang menggambarkan personaliti golongan
sasar anda, apa jantinanya, berapa umurnya, di mana dia tinggal, apa minat dan
kegemarannya dengan siapa dia bergaul, di mana mereka selalu membeli belah dan
sebagainya. Lebih banyak maklumat yang anda tahu mengenai kumpulan sasaran anda
lebih mudah untuk anda mencipta kandungan yang sesuai yang dapat menarik minat
dan perhatian mereka.
Berikut adalah templat yang boleh digunakan untuk membantu
anda mengumpulkan maklumat untuk membina avatar bakal pelanggan anda;
- Bercakap dengan pelanggan anda secara bersemuka dan melalui panggilan telefon untuk mengetahui apa ciri produk atau perkhidmatan yang mereka inginkan, apa masalah mereka hadapi dan bahan bacaan yang bagaimana yang mereka suka baca.
- Bercakap dengan pasukan jualan anda; mereka mempunyai pelbagai maklumat mengenai pelanggan anda. Maklumat yang ada pada mereka adalah amat penting untuk membentuk avatar bakal pembeli.
- Lihat pada pangkalan data yang ada pada anda kenal pasti bagaimana pembeli mendapat maklumat mengenai produk atau perkhidmatan anda dan bagaimana corak pembelian dilakukan, kenal pasti juga berapa kerap pembelian dilakukan.
- Kenal pasti jawatan, peranan, jabatan dan maklumat asas pelanggan dan bakal pembeli yang berada di dalam pangkalan data anda.
- Lakukan kajian terhadap orang ramai.
- Kumpulkan maklumat asas bakal pembeli dengan menawarkan sesuatu yang percuma kepada mereka apabila mereka melayari laman web anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan