Cara berinteraksi di domain awam seperti cara menjawab
soalan, bentuk iklan yang disiarkan, testimoni dan maklum balas pelanggan akan
membentuk persepsi orang mengenai sesuatu perniagaan. Manusia akan cenderung
untuk membuat tanggapan berdasarkan kepada apa yang dapat dilihat oleh mata kasar.
Cara kita berkomunikasi di media sosial boleh mempengaruhi tanggapan orang
kepada perniagaan dan diri pemilik perniagaan tersebut. Post yang dikongsi,
gambar yang dimuat naik dan kandungan post yang ditulis akan mempengaruhi
pandangan orang terhadap seseorang atau perniagaan. Post yang disiarkan di
dalam sesebuah Facebook Page organisasi atau perniagaan mestilah bersesuaian
dengan objektif yang ingin dicapai oleh organisasi atau perniagaan tersebut.
Serlahkan jenama perniagaan anda, untuk menyerlahkan sesuatu
jenama anda perlu menetapkan cara berkomunikasi secara atas talian yang baik.
Cara komunikasi ini mesti konsisten pada setiap masa di semua platform media
sosial yang digunakan. Perkara terpenting dalam pembentukan persepsi ialah
berlaku jujur dan jadilah diri anda sendiri.
Lakukan SWOT analisis, senaraikan kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman, gunakan data yang diperolehi untuk membentuk pelan
komunikasi anda. Melalui cara ini anda
mempunyai rujukan yang jelas mengenai tindakan yang perlu diambil untuk
mengekalkan persepsi yang baik terhadap perniagaan anda.
Cipta URL Facebook
Page yang unik dan mudah diingati
URL Facebook ialah alamat domain yang anda kongsi untuk
membolehkan orang menemui Facebook Page anda. Sebagai contoh www.facebook.com/eusahawanilpkl
akan membawa anda ke Facebook Page Coach VB437.
Isikan maklumat
berkaitan perniagaan anda
Facebook page menyediakan ruang untuk membolehkan anda
mengisi maklumat berkaitan operasi pernaigaan anda seperti lokasi perniagaan,
jenis produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, no telefon, alamat perniagaan
dan alamat laman web. Maklumat ini akan membantu memudahkan pengguna mencari
perniagaan anda serta menambahkan keyakinan mereka terhadap kewujudan
pernaigaan anda.
Bina jaringan dan
tingkatan hubungan dengan pelanggan
Jaringan boleh dibina dengan mengambil bahagian di dalam
perbualan yang bermanfaat seperti berkongsi kepakaran dengan orang lain.
Bilangan pengikut yang ramai akan membantu mempromosikan perniagaan anda dengan
secara mudah dan percuma.
Cipta dan kongsi post
Bina persepsi yang positif dengan berkongsi maklumat yang
berkaitan dengan perniagaan anda, tonjolkan kepakaran anda dan bekalkan
maklumat mengenai cara produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan boleh
membantu menyelesaikan masalah serta meningkatkan taraf hidup pembaca. Kongsi
gambar yang ada kaitan dengan perniagaan anda yang boleh meningkatkan imej
perniagaan anda. Jangan sesekali berkongsi post yang bersifat negatif yang
menceritakan keburukan atau kelemahan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan