Jumlah Paparan Halaman

Facebook like

Jom Like dan Share Fb Coach VB437

Powered By Blogger

Dr Auto ILPKL

Dr Auto ILPKL
Pulzar Oil at Dr Auto ILPKL

O2O Member

020 Member

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)
CNI Business Owner (Klik Logo)

Apa itu network marketing?


Investopedia mendefinisikan network marketing sebagai satu model perniagaan yang bergantung kepada jualan secara langsung dari seorang kepada seorang yang lain yang dilakukan oleh wakil jualan secara bersendirian yang lazimnya dilakukan dari rumah.

Direct Selling Association of Malaysia (DSAM) mentakrifkan jualan langsung sebagai satu sistem di mana seseorang yang menjual sesuatu barangan keperluan atau perkhidmatan mencari bakal pembeli berbanding menunggu pembeli datang berjumpa dengan mereka di kedai-kedai atau tempat perniagaan tertentu seperti mana yang diamalkan di dalam perniagaan konvensional.


Skim piramid adalah model perniagaan yang menyasarkan kepada penambahan jurujual atau agen yang memerlukan mereka membayar yuran pendahuluan yang tinggi.




Sistem pemasaran konvensional terdiri daripada pengeluar, agensi pemasaran, pengedar, pemborong dan peruncit.

Manakala di dalam sistem jualan langsung barangan dari pengeluar akan diedarkan terus kepada pembeli atau pengguna melalui pengedar yang bernaung di bawah syarikat jualan langsung.



Setiap peringkat pengedaran sama ada perniagaan konvensional atau jualan langsung akan mengambil nisbah keuntungan tertentu. Setiap cabang pengedaran juga akan memperuntukkan sebahagian dari keuntungan dari harga jualan untuk digunakan  sebagai kos promosi dan pengiklanan.
Di dalam sistem pengedaran jualan langsung, pengedar akan menjalankan peranan sebagai pemborong/peruncit/pegawai pemasaran dan lain-lain.

Agen jualan langsung boleh terdiri daripada pekerja sepenuh masa yang bertugas untuk memasarkan sesuatu produk atau barangan atau ejen bebas yang akan menjalankan aktiviti perniagaan mengikut kesesuaian masa dan kehendak mereka sendiri.

Syarikat jualan langsung terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu jualan dari rumah ke rumah (simple commission plan), parti jualan dan Multi Level Marketing (MLM)  atau Network Marketing.

Agen jualan rumah ke rumah mendapat keuntungan dari diskaun harga yang diberikan oleh syarikat semasa mereka membuat pembelian. Penjual yang bertindak sebagai agen akan mendapat keuntungan apabila mereka berjaya menjual barangan kepada pembeli mengikut harga runcit yang ditetapkan oleh syarikat.


Saluran pengedaran ini hanya melibatkan syarikat jualan langsung, penjual dan pembeli. Di dalam keadaan tertentu penjual atau agen menerima gaji dari syarikat.


Sistem perniagaan secara parti jualan memerlukan penjual atau agen mengaturkan satu sesi demonstrasi produk (parti jualan) di rumah rakan mereka yang akan bertindakan sebagai hos. Hos akan menjemput rakan-rakan mereka untuk menghadiri sesi demonstrasi produk (parti jualan) yang dirancang. Agen atau penjual akan mengambil tempahan semasa parti sedang berjalan, hos akan menerima produk atau barangan sebagai imbuhan kerana membenarkan rumah mereka digunakan sebagai lokasi parti jualan dan bantuan untuk mengumpulkan rakan-rakan mereka.




Multi Level Marketing (MLM) atau Network Marketing membolehkan syarikat jualan langsung mengawal sejumlah rangkaian pengedaran yang besar. Seseorang yang ingin menjadi ahli di dalam rangkaian ini perlu diperkenalkan (sponsored) oleh ahli yang telah berdaftar dengan syarikat jualan langsung terlibat. Pengedar yang memperkenalkan ahli baru bertanggungjawab untuk membantu ahli baru untuk membina perniagaan mereka untuk melayakkan mereka menerima insentif, bonus dan mencapai kedudukan yang lebih tinggi di dalam organisasi. Sistem ini berasaskan kepada konsep metor-mentee.

Pengedar atau ejen akan bertindak sebagai pemborong dan peruncit, pengedar boleh memilih untuk membeli barangan di dalam kuantiti yang banyak dari syarikat dan menjualnya kepada pengguna atau membuat pesanan kepada syarikat apabila terdapat permintaan dari pembeli. Penjual hanya akan mendapat keuntungan dengan cara membuat jualan produk sahaja. Harga jualan barangan dari syarikat kepada penjual di setiap peringkat adalah sama. Penjual perlu menjual produk kepada pembeli mengikut harga jualan runcit yang telah ditetapkan oleh syarikat.




Kelebihan yang ditawarkan oleh Multi Level Marketing ialah kadar pendapatan yang dijanakan oleh seseorang pengedar atau agen bergantung kepada kemampuan mereka untuk menjual sesuatu produk atau perkhidmatan. Perniagaan berbentuk MLM boleh dimulakan dengan kos yang rendah, pengedar hanya perlu menyimpan stok yang kecil atau hanya perlu membeli stok dari syarikat apabila terdapat permintaan dari pembeli atau pelanggan.
Ini berbeza dengan skim piramid yang mana pendapat syarikat dijana dengan cara menjual keahlian yang berbentuk pek permulaan atau starter kit kepada ahli baru dengan kos yang tinggi dan pengedar yang berada di atas (upline) akan mendapat komisen di atas setiap ahli baru mendaftar di bawahnya.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Federal Trade Commission (FCC) jaring berbentuk selapis adalah lebih dipercayai berbanding Multi Level Marketing yang memberi peluang kepada pengedar untuk mendapatkan bayaran bagi setiap ahli baru yang direkrut.

Sebelum membuat keputusan untuk menyertai sesuatu perniagaan berbentuk network marketing persoalan berikut perlu diberi perhatian:
  •      Bagaimana cara pendapatan dijana menjual produk atau mencari ahli baru?
  •          Berapa lama syarikat itu telah beroperasi?
  •         Bagaimana sejarah perjalanan syarikat berkenaan?
  •          Adakah anda berminat untuk memiliki produk yang ditawarkan?
  •          Adakah kenalan anda berminat untuk memiliki produk yang ditawarkan?
  •          Adakah promosi produk dibuat secara efektif?
  •          Adakah anda menjangkakan untuk memperolehi keuntungan dengan cepat atau jangka masa panjang?

Jom Jadi Usahawan! 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Well3 Tongkat Ali Capsule

Well3 Tongkat Ali Capsule RM 104.00 Kapsul Tongkat Ali diperbuat daripada akar Tongkat Ali yang berkualiti tinggi, diperolehi darip...