Engagement
Kandungan adalah perkara terpenting tetapi engagement menentukan
segalanya. Jika tiada orang bertindak balas
kepada sesuatu kandungan ia tidak memberi makna. Prioriti utama ialah untuk
membuat orang bertindak balas terhadap kandungan di dalam Facebook anda.
Berikut adalah cara untuk mengira engagement:
Engagement = Likes + Comments + Shares
Tiga elemen yang menunjukkan engagement yang positif terhadap post
anda:
Likes
Bilangan orang yang Like sesuatu post menggambarkan bilangan orang yang
menyukai sesuatu kandungan yang anda kongsi.
Comment
Bilangan komen orang terhadap sesuatu post. Bilangan komen adalah
penting, nada komen akan memberikan gambarkan perasaan orang terhadap
kandungan, produk atau jenama anda secara keseluruhan.
Shares
Bilangan orang yang berkongsi kandungan anda, mengukur bilangan perkongsian
yang dibuat oleh yang melihat sesuatu post.
Engagement rate
Engagement rate digunakan untuk mengukur keberkesanan anda menarik
perhatian audien. Engagement rate boleh membekalkan maklumat mengenai jenis
post atau kandungan yang berjaya menarik perhatian orang.
Engagement Rate = (bilangan orang yang like, comment, share atau klik
post anda)/(bilangan orang yang melihat post anda reach).
Contoh:
100 pengguna unik bertindak balas (Likes, shares, comments and clicks) kepada
sesuatu post dan 1000 pengguna melihat post berkenaan
Pengguna bertindak balas = 100
Engagement rate = 10%
Engagement rate ke atas sesuatu psot secara individu adalah pengukuran
kualiti kandungan yang terdapat di dalam post yang disiarkan di Page anda. Ia
digunakan untuk membandingkan engagement antara dua post. Ia memberitahu
kandungan yang boleh menarik perhatian audiens, ia juga boleh digunakan untuk
menentukan sama ada ia telah mencapai sasaran audiens yang betul semasa
bilangan pengikut bertambah.
Reach
Jumlah orang yang unik yang telah melihat kandungan berkaitan page
anda.
Bagaimana reach dikira
Terdapat tiga jenis reach iaitu; organik, berbayar dan viral.
Organic Reach
Bilangan orang yang unik yang melihat kandungan anda di News Feeds,
tickers atau Page
Paid Reach
Bilangan orang yang melihat kandungan berbayar yang anda siarkan.
Viral Reach
Bilangan orang yang berbeza (unik) yang melihat post atau page di dalam
kisah yang diterbitkan oleh orang lain. Cerita ini termasuk like, komen atau
berkongsi page, menjawab solan atau memberi respon kepada sesuatu acara.
Reach mengukur mengukur jumlah audiens.
Impressions
Bilangan kandungan berkaitan page anda dipaparkan. Sama seperti reach
impresion boleh dicapai dengan tiga cara iaitu organik, paid atau viral.
Perbezaan utama di antara reach dan impression ialah impression
menunjukkan jumlah bilangan kandungan anda disiarkan manakala reach
menunujukkan jumlah bilangan orang yang berbeza yang melihat kandungan anda
disiarkan. Jika kandungan anda sebanyak dua kali disiarkan kepada lima orang
yang sama (reach) ia dikira sebagai 10 impression.
Impression mengukur kemampuan anda untuk menyiarkan kandungan yang
menarik minat audien di Facebook. Maklumat ini boleh membantu anda memahami
bukan sekadar bilangan orang yang melihat sesuatu kandungan, malah ia juga
membekalkan maklumat kekerapan orang melihat sesuatu kandungan.
Bagaimana untuk meningkatkan
Facebook Reach dan Impression
- Tingkatkan bilangan pengikut yang aktif di page.
- Siarkan kandungan yang boleh digunakan dengan cepat dan mudah
- Hadkan maklum balas negatif di dalam pages
Impression juga boleh ditingkatkan dengan menggunakan iklan berbayar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan