Aset terpenting yang
boleh dibina dengan menggunakan media sosial ialah komuniti. Dalam dunia nyata
bilangan komuniti yang boleh dianggotai oleh seseorang individu adalah terhad. Faktor
geografi mempengaruhi bilangan ahli di dalam sesebuah komuniti. Dunia digital atau maya membenarkan
komuniti yang besar dibina dengan tanpa batasan geografi dan sempadan negara.
Komuniti digital seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah
2.9 boleh terdiri daripada:
1. Kenalan langsung: Keluarga,
saudara mara, sahabat handai dan rakan sepejabat.
2. Kenalan tidak langsung: Mereka
yang mengenali kenalan langsung dan melibatkan diri dalam komuniti secara atas
talian (on line).
3. Bukan kenalan: Mereka yang
mengenali kenalan tidak langsung dan melibatkan diri dalam komuniti yang
diwujudkan secara atas talian.
Kewujudan multiplier effect di mana ahli komuniti
menjadi semakin ramai akibat penambahan kenalan tidak langsung dan bukan
kenalan adalah di antara penyebab utama komuniti mudah berkembang. Dengan
wujudnya komuniti yang sangat besar keahliannya, seseorang usahawan itu mampu
menggunakannya sebagai platform untuk memasarkan produk/perkhidmatan dengan
lebih mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan