Profil Instagram di dalam
Instagram Business adalah gabungan daripada gambar profil, nama dan username, Bio,
pautan laman web, kategori, butang CTA (Call to Action), Email, peta dan no
telefon.
Gambar profil
Setiap profil sama ada
di Facebok, Instagram dan WhasApp yang digunakan sebagai alat perniagaan
mestilah dilengkapi dengan gambar profil yang sesuai dengan jenama perniagaan
anda. Logo atau gambar produk adalah gambar yang paling sesuai untuk dijadikan
sebagai gambar profil media sosial yang digunakan untuk perniagaan.
Nama dan username
Username Instagram terletak
di bahagian atas profil, username ini digunakan oleh orang lain untuk tag anda
di akaun Instagram. Kedua – dua nama dan username boleh dicari dengan
menggunakan fungsi carian Instagram, pastikan anda gunakan nama yang mudah
diingati dan mempunyai kaitan dengan syarikat atau jenama produk atau
perkhidmatan anda.
Bio
Bio Instagram ialah ayat
yang terdiri daripada 150 karakter yang menceritakan mengenai perniagaan anda
dan tindakan yang anda harap bakal pembeli akan lakukan.
Laman web
Pautan ke laman web hanya
boleh diletakkan di satu tempat sahaja di Instagram iaitu di profil. Gunakan
ruang ini dengan sebaik mungkin.
Kategori
Perniagaan di
Instagram akan dikategorikan mengikut kategori perniagaan yang dipilih di
Facebook Page. Untuk menggunakan fungsi ini anda perlu mendaftar Instagram
Business. Kategori akan memudahkan pengikut mengenalpasti siapa anda sebuah perniagaan
atau orang terkenal.
Butang CTA (Call to Action)
Membolehkan pelawat
akaun Instagram anda menghantar email, membuat panggilan telefon atau mencari
arah dengan hanya perlu menekan pautan yang diberikan sahaja. Fungsi ini hanya
terdapat pada Instagram Business sahaja.
Email
Pautan email akan
terhasil apabila maklumat email dimasukkan ke dalam profil Instagram Business.
Pautan ini berada di bahagian bawah maklumat lain di dalam profil. Apabila
pengguna menekan pautan ini, aplikasi email yang terdapat di dalam telefon
pintar akan terbuka.
Direction
Direction digunakan
untuk memaparkan lokasi perniagaan fizikal anda di atas peta, dengan memasukkan
alat penuh premis, perniagaan anda dapat ditemui oleh pengguna Instagram dengan
mudah. Apabila pautan direction ditekan, aplikasi penunjuk arah seperti Waze
atau Google akan terbuka.
Call
Pautan call
membolehkan Instagram Business membuat panggilan ke nombor telefon yang telah
di masukkan ke dalam profil Instagram Business anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan