Home Bos diilhamkan dari parti Tupperware, di mana pengedar
produk dari jenama Tupperware akan menjemput rakan dan jiran datang ke sesuatu
lokasi yang tertentu untuk menikmati jamuan dan menghadiri sesi pengenalan
produk.
Parti ini boleh dianjurkan oleh pengedar itu sendiri atau
pihak lain yang sudi bekerjasama dengan pengedar. Hos parti bertanggungjawab
untuk menjemput rakan atau jiran mereka dan menyediakan jamuan yang
bersesuaian. Hos parti akan menerima produk percuma mengikut jumlah jualan yang
dapat dibuat oleh pengedar atau agen.
Home BOS adalah langkah pertama menuju kejayaan perniagaan
CNI. Home BOS diadakan dengan tujuan untuk menaja, menjual, atau
sekurang-kurangnya memperkenalkan produk. Pengedar perlu sentiasa
mempertingkatkan dan memperbaiki imej diri, pencapaian, dan kemahiran berucap
untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti sesuatu Home BOS.
Home Bos melibatkan empat langkah iaitu persiapan awal, Aktiviti
Sebelum Home Bos, Aktiviti Semasa Home Bos dan Aktiviti Selepas Home Bos.
Persiapan Awal
- Atur kumpulan kecil supaya prospek dapat mengenali anda dari dekat, selesa bergaul dengan ahli pasukan anda, mengenali syarikat dan produk dalam suasana yang tenang lagi nyaman.
- Lakukan demo produk dan perkongsian peribadi bagi meningkatkan pandangan dan keyakinan prospek terhadap produk.
- Selit testimonial produk, rangsang keinginan untuk membeli dan menjadi ahli.
Sebelum Home BOS
- Kenal pasti keperluan prospek, sediakan produk, alat bantuan dan bahan yang relevan.
- Hubungi prospek dua hari lebih awal untuk pengesahan, memperingatkan dan membuat prospek rasa dihargai.
- Atur peserta dan penceramah.
- Kongsi profil prospek dengan penceramah.
- Pastikan program tamat pada waktunya; jangan meleret atau menangguh.
- Pastikan prospek duduk membelakangi pintu untuk mengurangkan gangguan.
- Hindari punca gangguan seperti kanak-kanak, panggilan telefon, binatang peliharaan.
- Aturkan dengan penganjur tempat perjumpaan dan jamuan ringan.
- Pamer produk secara strategik, kenal pasti demo, fakta dan testimonial produk yang selari dengan keperluan prospek.
Semasa Home BOS
- Jabat tangan, ucap selamat, dan sambut mesra setiap prospek.
- Mula pada masanya, jangan tunggu peserta yang lewat.
- Jangan meluahkan kekesalan atau menyalahkan peserta yang tidak hadir.
- Minta prospek tumpukan perhatian dan senyapkan nada telefon.
- Mula dengan memperkenalkan syarikat atau Home BOS, tumpu kepada fakta, dan berkongsi dengan semangat. Jangan mula dengan statistik.
- Jika anda adalah peserta yang membawa prospek, duduk di sebelahnya. Ingatkan prospek supaya mendengar dan memerhati dengan teliti.
- Beri kerjasama aktif kepada penceramah dengan mengangguk, senyum, menepuk tangan, dan menjawab soalan untuk menaikkan minat prospek.
- Semasa demo produk, guna peralatan untuk mencetus kesan, panggil prospek untuk mengambil bahagian untuk meningkatkan kemesraan dan keyakinan terhadap produk.
Selepas Home BOS
- Peruntukkan sekurang-kurangnya setengah jam untuk interaksi bersahaja.
- Cipta suasana membeli dan galakkan prospek jadi ahli/membeli melalui berita promosi, cabutan bertuah atau cabutan pembelian.
- Jika prospek berminat menjadi ahli, atur janji temu khas untuk perbincangan lanjut.
- Sediakan hadiah untuk penganjur sebagai penghargaan dan untuk menarik minat orang lain jadi penganjur.
- Kenal pasti penganjur dan tempat Home BOS yang seterusnya.
- Kaji dan buat latihan cara menutup jualan untuk meraih hasil yang lebih baik dalam Home BOS yang seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan