WhatsApp Business ialah aplikasi WhatsApp yang memberi fokus
kepada keperluaan pernigaan kecil dan sederhana (PKS). WhatsApp Business
dilengkapi dengan beberapa ciri tambahan yang tiada pada aplikasi WhatsApp
konvensional.
WhatsApp Business membenarkan pengguna untuk mencipta profil
yang mengandungi maklumat perniagaan seperti alamat fizikal, alamat email dan
laman web. Aplikasi ini turut dilengkapi dengan fungsi quick replies untuk
memudahkan proses komnikasi antara pelanggan dengan pemilik perniagaan.
Apa perbezaan antara
WhatsApp peribadi dan WhatsApp Business?
WhatsApp business menggunakan logo B untuk mengantikan logo
WhatsApp peribadi.
Perbezaan ketara yang kedua ialah warna latar belakang yang
digunakan WhatsApp peribadi mempunyai latar belakang yang lebih cerah manakala
WhatsApp Business mempunyai warna latar belakang yang lebih gelap.
Ciri – ciri WhatsApp
Business
Profil perniagaan
WhatsApp Business membenarkan anda meletakkan profil perniagaan
anda. Maklumat yang boleh diisi di dalam profil ini ialah alamat fizikal yang
boleh berhubung dengan Google Map atau Waze, anda juga boleh memasukkan
maklumat waktu operasi perniagaan. Selain dari itu anda juga boleh memasukkan
alamat email dan dua pautan laman web.
Semua maklumat ini akan dapat dilihat oleh pelanggan apabila
mereka melihat profil perniagaan anda melalui akaun mereka.
Greeting Message
WhatsApp business membenarkan anda menghantar Greeting Message
iaitu fungsi sama yang ditawarkan oleh Facebook Page.
Mesej ini akan dihantar kepada orang yang menghantar mesej
kepada anda buat pertama kali atau selepas mereka tidak aktif selama 14 hari.
Away Message
Selain dari Greeting message, anda juga merakam away message
menggunakan WhatsApp Business. Mesej ini akan dihantar kepada pelanggan apabila
anda berada di luar kawasan.
Away message boleh dijadualkan dengan tiga cara iaitu
mengikut jadual yang anda tetapkan sendiri (custom Schedule) atau selepas waktu
perniagaan (Out of business hours). Kedua – dua pilihan ini akan dilaksanakan
apabila salah satu keadaan di atas berlaku. Atau anda boleh menggunakan pilih
ketiga sentiasa hantar (alway send). Mesej yang dihantar dengan menggunakan
tetapan always send akan dihantar kepada semua pelanggan apabila tetapan ini
aktif.
Quick reply
Quick reply membolehkan anda menghantar mesej yang sama
dengan cepat dan mudah.
Untuk mengakses fungsi Quick Reply, masukkan simbol “/”
semasa menaip mesej, semua mesej Quick Reply yang telah anda cipta akan
terpapar. Anda tidak perlu menyalin dan menampal mesej yang sama secara
berulang.
Melihat statistik
penghantaran dan penerimaan mesej
WhatsApp turut dilengkapi dengan statistik yang memaparkan
bilangan mesej yang dihantar dan diterima ia boleh diakses dengan cara; Setting
> Statistics.
Business Profile
Label
Semua mesej yang dihantar dengan menggunakan WhatsApp
Business akan disertakan dengan business account label. Pelanggan boleh melihat
sama ada dia sedang berbicara dengan individu atau perniagaan dengan melihat
profil WhatsApp.
terbaik penerangan lengkap 👍🏻
BalasPadamOk..Terbaik..pencerahan yg terbaik
BalasPadamWah.. Alhamdulilah.. terimakasih
BalasPadamt. kasih.. ilmu yg bermanfaat
BalasPadamPercuma jugak berbayar
BalasPadamPercuma ke berbayar?
BalasPadam