Setelah mengenal pasti golongan sasar anda perlu mengenal pasti
kandungan yang sesuai. Untuk mendapat perhatian pembaca kandungan sesebuah blog
mestilah bersifat evergreen. Kandungan yang bersifat evergreen ialah kandungan
yang sentiasa relevan pada setia masa dan keadaan.
Berikut ialah senarai semak untuk mencipta kandungan yang
bersifat evergreen:
- Kenal pasti masalah yang membelenggu golongan sasar anda.
- Kenal pasti satu kata kunci dan kaji kata kunci tersebut dari pelbagai sudut.
- Kenal pasti kata kunci yang sering digunakan untuk mencari maklumat berkaitan topik yang ingin ditulis.
- Tulis berkaitan pantang larang (do and don’t) yang ada kaitan dengan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan atau tulis bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara dengan cara yang kreatif dan mudah.
- Kaji kandungan yang disiarkan oleh pesaing anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan