Instagram Insights ialah ialah alat analitis yang disediakan oleh
Instagram untuk mengkaji maklumat asas pengunjung dan pengikut seperti
demografi dan tindakan yang mereka ambil di akaun Instagram anda. Maklumat ini
penting untuk mengenal pasti bentuk post yang paling berkesan untuk menarik
perhatian pelawat atau pengikut dan mengukur keberkesanan sesuatu kempen
pengiklanan.
Fungsi Instagram Insights hanya disediakan untuk pengguna akaun
Instagram Business sahaja. Fungsi Instagram Insight boleh di akses di dua
lokasi di dalam aplikasi Instagram; dari profil dan post.
Untuk melihat Insight daripada profil klik ikon menu pada bahagian atas
kanan profil dan cari Insight.
Laman Instagram Insight menunjukkan ringkasan data kandungan yang telah
anda hantar dalam tempoh 7 hari terakhir. Bilangan pengikut dan cara anda
memperolehi pengikut tersebut akan dipaparkan di bahagian paling atas. Insight turut
memaparkan jumlah post yang telah dihantar dalam masa 7 hari yang lepas serta jumlah
impression, reach, profile view serta statistik bilangan klik untuk pautan
laman web dan butang CTA (Call, Email, Direction) dalam masa 7 hari yang
lepas.
Impression
Menunjukkan bilangan kekerapan iklan muncul di skrin pengguna.
Reach
Bilangan orang berlainan yang melihat post Instagram anda.
Website Clicks
Menunjukkan kekerapan pautan laman yang dimasukkan di dalam business
profil telah diklik.
Profile Visits
Menunjukkan kekerapan profil anda dilihat orang lain.
Followers
Menunjukkan bilangan pertambahan dan pengurangan pengikut dalam masa 7
hari yang lepas serta waktu mereka akaun Instagram mereka aktif, maklumat ini
penting untuk merancang waktu untuk menyiarkan iklan dan post.
Untuk melihat Insight untuk setiap post paparkan post berkenaan dan
klik pautan “View Insight” di bawah post berkenaan.
Maklumat yang terdapat
post insight ialah;
Like
Bilangan Like yang diterima oleh sesuatu post.
Comment
Bilangan komen yang diterima untuk sesuatu post.
Saves
Bilangan pengguna atau akaun yang unik yang menyimpan post anda atau
mengklik ikon bookmark-Like yang terpapar di skrin mereka.
Actions
Bilangan aksi yang dilakukan oleh pengguna selepas mereka membaca atau
melihat post anda; seperti melawat profil anda, mengelik pautan laman web atau
mengikuti anda di akuan Instagram.
Discovery
Data ini merekodkan bilangan pemilik akaun yang bukan pengikut anda yang
melihat atau menjumpai post anda. Selain dari memberi bilangan reach dan
impression, data ini juga menyenaraikan tempat dimana paparan itu berlaku:
Home – Orang yang melihat
post anda dari feed mereka.
Search and explore – Orang
mencari kata kunci atau menjumpai psot anda melalui Explore feed.
Profile – Orang menjumpai
psot anda dari laman profil anda.
Location – Orang yang
menjumpai post anda dari location feed.
Hashtags – Orang yang
menjumpai post anda dari carian hashtag.
Other – Post yang dikongsi
melalui mesej terus, post yang disimpan oleh orang lain, post di mana anda
ditandakan (tag) atau nama anda disebut.
Berikut adalah kepentingan Instagram Insgiht untuk perniagaan:
Mendapatkan maklumat demografi pengikut
Fungsi ini hanya akan dipaparkan apabila bilangan pengikut di akuan
Instagram Business anda telah mencapai lebih dari 100 orang. Data yang
dipaparkan terdiri daripada jantina, kumpulan umur dan lokasi dan hari dan
waktu pengikut aktif di Instagram. Maklumat ini boleh digunakan untuk
menetapkan masa yang sesuai untuk membuat pengiklanan menggunakan Instagram.
Feed post
Insight > Content > Feed post; memaparkan semua post yang pernah
di hantar yang disusun mengikut post yang mendapat bilangan enggagement dari
yang paling banyak hingga paling sedikit.
Insight > Content > Feed posts > See all; memaparkan semua
post yang pernah di hantar di dalam masa setahun.
Klik pada mana link berwarna biru untuk menukar jenis filter yang
digunakan.
Dengan menggunakan penapis masa (time period) anda boleh mendapatkan
data berkaitan:
- Jumlah engagement (comments atau likes)
- Nisbah engagement kepada reach
- Menilai post yang paling Berjaya untuk menaik perhatian pengunjung (photos, videos atau carousel posts)
Data ini boleh digunakan untuk mengenal pasti jenis post yang digemari
oleh audiens. Sebagai contoh audiens lebih gemar gambar produk bersama orang
berbanding gambar produk semata – mata.
Menilai keberkesanan Instagram Story
Anda boleh mendapatkan
data insight untuk Instagram Story daripada laman Insight atau secara terus
dari post itu sendiri.
Menilai keberkensanan promosi berbayar
Anda boleh melihat
data Insight untuk promosi berbayar dibahagian bawah laman Insgiht.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan