Jumlah Paparan Halaman

Facebook like

Jom Like dan Share Fb Coach VB437

Powered By Blogger

Dr Auto ILPKL

Dr Auto ILPKL
Pulzar Oil at Dr Auto ILPKL

O2O Member

020 Member

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)
CNI Business Owner (Klik Logo)

LANGKAH MUDAH MEMBINA BLOG DALAM MASA SEHARI

Log masuk ke www.blogger.com

Jika anda masih belum mempunyai akaun Google, anda perlu membuka sebuah akaun Google dengan menggunakan pautan yang terdapat di bahagian bawah laman.



Jika anda telah mempunyai akaun Google log masuk ke akaun anda dengan memasukkan username dan password.

Klik butang New Blog untuk membina Blog baru.

Masukkan tajuk, alamat URL dan pilih template untuk Blog anda.

Kemudian butang Create Blog!.




Setelah blog berjaya dicipta, klik Start posting pada laman Dashboard.


Apa itu Dashboard?

Dashboard ialah titik permulaan untuk membina Blog. Laman pertama yang dipaparkan ialah laman ALL Post.


 Di bahagian atas kiri laman, anda boleh melihat senarai semua blog yang telah anda bina dan memilih Blog yang ingin anda edit, anda juga boleh memilih untuk membina Blog baru.


Anda juga boleh membuat pilihan untuk membuat post baru, edit post, view post dan delete post. 

Di bahagian kiri terdapat drop down menu yang memaparkan pilihan lanjut seperti Statistik, Comments, Earning, Pages, Layout, theme dan Setting.



Membuka semula blog yang telah dibina

Buka browser dan masukkan URL Blog anda.

Klik Sign in pada bahagian atas kanan atau bahagian bawah Blog anda bergantung kepada reka bentuk templat yang digunakan. 

Klik logo Blogger untuk membuka Dashboard.


Membuat post

Untuk membuat post baru klik pada pautan New Post di blog atau di dashboard.




Untuk memulakan post baru klik butang New post. Laman seperti di bawah akan dibuka. Masukkan Tajuk dan kandungan post. Kandungan post boleh terdiri daripada teks, imej, video dan pautan laman web.

Anda juga boleh membuat formatting seperti mengubah bentuk dan saiz font, bold, italic, strikethrough, underline, insert jump break, mengubah bentuk penjajaran paragraf, membuat senarai dalam bentuk bullet dan nombor, memasukkan karakter khas dan memeriksa ejaan.



Cara membuat formatting adalah sama seperti membuat formatting dengan perisian Word. Insert Jump break digunakan untuk memaparkan pautan, Read More pada post yang panjang.


Setelah siap anda oleh memilih sama untuk memaparkan post di Blog (Publish), Simpan sebagai draf (Save), Pra lihat (Preview) atau buang (Delete).


Membuat perubahan pada post yang telah ditulis
Anda boleh mengubah kandungan post yang telah ditulis dengan menggunakan fungsi edit yang terdapat di bawah tajuk post yang ingin anda ubah suai.



Pages
Blog yang anda bina pada masa ini hanya mempunyai sebuah halaman sahaja. Anda boleh menambah halaman tambahan untuk menempatkan bahagian seperti "Mengenai saya", "Download" atau "Hubungi saya" dengan mencipta halaman (Page) baru. Page akan dipaparkan sebagai tab di atas laman anda.


Untuk membina laman baru, pilih "Page" dan klik "Create" untuk mencipta page baru.




Untuk memaparkan page sebagai tab, pilih Layout > Cross-Column Pages > klik Edit.


Di bawah pilihan Page to show > Klik checkbox yang berada disebelah page yang ingin anda paparkan.



Susun semula kedudukan Page, jika perlu.

Klik "Save".

Klik butang "Save Arrangement".


Statistik
Anda boleh melihat data statistik pelawat ke Blog anda dengan menggunakan opsyen statistik.


Comment
Anda boleh menyelanggara komen yang dipaparkan di Blog anda dengan menggunakan opsyen komen.



Layout
Anda boleh mengubah susun atur log dan menambah gajet dengan menggunakan pilihan layout.


Terdapat 29 pilihan jenis gajet yang boleh dipilih.


Profil 

Paparkan maklumat tentang diri anda kepada pelawat.


Translate
Menterjemahkan blog anda ke bahasa lain.



Ikuti melalui email

Memaklumkan pelawat mengenai post baru yang disiarkan di dalam Blog melalui email.



Pengatas (Header)

Papar tajuk dan keterangan blog anda.




Imej 

Tambah imej dari komputer anda atau tempat lain di web ke blog anda.



Senarai pautan

Paparkan koleksi tapak, blog atau halaman web kegemaran anda kepada pelawat.




Logo 

Tunjukkan kebanggaan Blogger anda dengan menambahkan logo pada halaman anda.



Carian blog

Benarkan pelawat membuat carian di Blog anda



Statistik Blog

Paparkan bilangan paparan halaman pada Blog anda.




Mengubahsuai header
Klik pautan edit pada sebelah kanan bawah kotak header.


Anda boleh paparkan banner blog anda disini.



Templat
Anda boleh mengubah templat blog anda dengan memilih opsyen Theme dari drop down menu.



Basic setting
Basic setting mengandungi maklumat asas Blog anda.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Well3 Tongkat Ali Capsule

Well3 Tongkat Ali Capsule RM 104.00 Kapsul Tongkat Ali diperbuat daripada akar Tongkat Ali yang berkualiti tinggi, diperolehi darip...