Tetapkan matlamat
Kejayaan di dalam hidup bermula dengan penetapan matlamat.
Untuk mencapai kejayaan di dalam strategi pemasaran digital termasuk pemasaran dengan
menggunakan Instagram, kita perlu bermula dengan penetapan matlamat yang
spesifik dan jelas, boleh dicapai dalam jangka masa yang sesuai dan boleh
diukur.
Berikut adalah beberapa matlamat yang sering digunakan oleh
perniagaan apabila mereka menggunakan Instagram Business sebagai alat promosi:
- Memperkenalkan produk atau servis;
- Membina komuniti;
- Memperkenalkan nilai dan budaya syarikat;
- Menyasarkan iklan kepada kumpulan sasaran tertentu;
- Mengikat kesetiaan kepada jenama; dan
- Berkongsi maklumat mengenai syarikat.
Gunakan warna yang konsisten
Warna memainkan peranan yang penting, warna melambangkan
identiti sesebuah perniagaan, pelanggan akan mudah mengingati jenama tertentu
apabila mereka didedahkan kepada warna tertentu.
Guna gaya tulisan
yang konsisten di dalam setiap post
Trend pemasaran terkini menggunakan gabungan teks yang di
letakkan di atas gambar. Sesetengah
perniagaan menggunakan gaya tulisan yang sama untuk semua post yang mereka
hantar di media sosial, melalui cara ini jenama mereka lebih mudah untuk
dikenali dan diingati, gaya tulisan mempunyai kesan yang sama seperti
penggunaan warna.
Masukkan kapsyen yang
menarik
Sekeping gambar boleh menceritakan seribu perkataan. Kapsyen
yang berada di bawah gambar akan membantu pelawat memahami mesej yang ingin
disampaikan dengan lebih jelas. Kapsyen hendaklah ringkas dan menarik.
Instagram hanya membenarkan 2,200 karakter digunakan sebagai kapsyen.
Hantar post secara
konsisten
Posting yang terlalu kerap akan menyebabkan pengikut anda
berasa terganggu, posting yang terlalu kurang akan menyebabkan jenama anda
sukar untuk diingati. Tiada peraturan tertentu berapa kerap posting perlu
dihantar, yang penting hantar post berkualiti secara berkala mengikut jadual
tertentu untuk memastikan jenama anda sentiasa berada di fikiran prospek dan
pelanggan.
Analisa posting yang
paling berjaya
Untuk mengetahui bentuk post yang bersesuaian dengan
golongan sasar anda perlu menghantar beberapa jenis post dan melihat kadar
tindak balas pengikut terhadap post tersebut, Instagram ada menyediakan alat
untuk membuat analisis keberkesanan post:
- Post mana yang mendapat Like yang paling tinggi;
- Bagaimana post yang dihantar dapat menarik tindak balas pelawat; dan
- Post yang paling banyak mendapat komen.
Beri maklum balas
kepada komen terhadap post anda
Maklum balas terhadap komen yang diberikan di bawah post anda
merupakan cara terbaik untuk membina hubungan dengan pengikut dan pelawat akaun
instagram. Tunjukkan keprihatinan anda dengan memberi maklum balas kepada komen
yang dibuat oleh orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan