Didik Ahli Organisasi Anda Dengan Penuh
Semangat
Bimbing mereka tentang gaya pemikiran yang betul dan kemahiran dalam MLM,
sambil anda belajar, mengamalkan, dan mengajar diri sendiri. Urus ahli-ahli
anda supaya mengikuti kursus dalam talian & luar talian. Apabila konsep
perniagaan mereka menyimpang, bimbinglah mereka.
Gigih Berkongsi
Kongsi pengalaman bernilai berkaitan perniagaan dan produk supaya CBO baru dapat belajar dan mengikut. Kegigihan berkongsi adalah asas jualan langsung, dan juga faktor penting peningkatan jualan dan penajaan.
Keusahawanan Berganding
Keusahawanan berganding dapat membantu CBO baru mengatasi keterasingan. Bina hubungan baik dengan ahli-ahli anda, beri bimbingan, dorongan, dan kukuhkan penerapan 4 kemahiran asas perniagaan jualan langsung
supaya mereka cepat menunjukkan prestasi.
Gunakan Sistem
Menggunakan sistem replikasi yang lengkap untuk mendidik CBO baru adalah cara terbaik bagi memupuk bakat baru.
Bantu CBO Atasi Cabaran
Membantu CBO baru menghadapi cabaran semasa menaja dan menjual dapat membantu bina keyakinan mereka dan memotivasi mereka untuk terus berjuang.
Tolak Ansur Dan Susun Semula
Bantu CBO baru menyesuaikan diri dengan jualan langsung. Jangan memberatkan mereka dengan tekanan. Tolak ansur dengan mereka terlebih dahulu, kemudian didik mereka untuk berjaya.
Aktif, Bukan Terburu-buru
Pemimpin perlu memastikan ahli separuh masa dan juga sepenuh masa
organisasi beliau mempunyai kefahaman yang mantap tentang 4 kemahiran asas jualan langsung supaya ahli tidak mudah putus asa dan mengalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan