Google membekalkan data berikut untuk melihat kesan multi
screen kepada kehidupan manusia.
- 34% pengguna menggunakan peralatan yang berada berhampiran dengan mereka untuk mencari maklumat.
- 38% interaksi di media sosial berlaku menggunakan telefon pintar.
- 48% carian yang dibuat dengan menggunakan komputer peribadi atau laptop telah dirancang terlebih dahulu.
- 54% pengguna menggunakan telefon pintar untuk berkomunikasi dan 33% untuk hiburan.
- 63% pengguna menggunakan tablet untuk hiburan dan 33% untuk berkomunikasi.
- 79% pengguna menggunakan tablet di dalam rumah dan 21% menggunakan tablet di luar rumah.
- 80% carian yang dibuat dengan telefon pintar berlaku secara spontan.
- Melayari Internet (81%), media sosial (72%) dan pembelian atas talian (67%) adalah tiga aktiviti utama yang dilakukan yang melibatkan penggunaan dua peralatan secara bergilir - gilir.
- Pertukaran peralatan akan berlaku apabila pengguna membuat carian maklumat.
- Membaca email (60%), melayari Internet (44%) dan media sosial (42%) adalah tiga aktiviti utama yang dilakukan yang melibatkan penggunaan dua peralatan secara serentak.
- Telefon pintar adalah tempat utama untuk memulakan aktiviti atas talian.
- TV ialah pemangkin utama kepada carian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan