Adunan pemasaran (marketing mix) ialah meletakkan produk
yang betul di tempat yang sesuai pada masa yang tepat dengan harga patut .
Campuran pemasaran terdiri daripada tiga teori utama iaitu 4P, 7P dan 4C.
Adunan pemasaran 4P
melibatkan elemen seperti produk (product),
harga (price), tempat (place) dan promosi (promotion). Adunan pemasaran 4P seperti di dalam Rajah
2.1 digunakan sebagai teori pemasaran produk.
Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas |
Senarai semak di dalam Jadual
2.3 menyenaraikan soalan yang perlu ditanya untuk
merangka strategi terbaik untuk melaksanakan setiap elemen yang terdapat di
dalam adunan pemasaran 4P.
Elemen
|
Perkara yang perlu dipertimbangkan
|
Produk
|
Apa yang pelanggan mahukan dari produk atau perkhidmatan?
Bagaimana pelanggan menggunakan produk atau perkhidmatan?
Di mana pelanggan akan menggunakan produk atau perkhidmatan?
Apakah ciri yang mesti ada untuk memenuhi keperluan pelanggan?
Adakah terdapat fungsi produk atau perkhidmatan yang tertinggal?
Adakah terdapat fungsi produk atau perkhidmatan yang tidak diperlukan
oleh pelanggan?
Apakah nama produk?
Adakah nama produk itu menarik?
Apakah warna dan saiz yang boleh di dapati?
Apa perbezaan produk anda dengan produk pesaing?
Bagaimana bentuk fizikal produk?
|
Harga
|
Berapa kos untuk menghasilkan produk?
Berapa nilai produk pada pandang pelanggan?
Jika harga produk dikurangkan, adakah kuantiti jualan dapat
dipertingkatkan?
Mampukah produk anda bersaing dengan produk pesaing, jika harga jualan
produk sekarang dikekalkan?
|
Tempat
|
Dari mana pelanggan anda mendapatkan produk atau perkhidmatan?
Bagaimana bakal pembeli mendapatkan barangan keperluan mereka? Pusat
membeli belah, kedai runcit atau pembelian atas talian.
Bagaimana anda mempelbagaikan saluran pengedaran?
Apa perbezaan strategi pengedaran anda berbanding pesaing anda?
Adakah anda memerlukan pasukan jualan yang kuat?
Adakah anda perlu menghadiri pesta jualan?
Adakah anda perlu membuat jualan atas talian?
|
Promosi
|
Bagaimana anda menghantar maklumat kepada bakal pembeli?
Bilakah masa yang paling sesuai untuk membuat promosi?
Adakah iklan TV boleh membantu anda untuk menyampaikan maklumat kepada
golongan sasaran anda?
Adakah media sosial merupakan platform terbaik untuk mempromosikan produk
anda?
Apakah strategi pemasaran yang digunakan oleh pesaing anda?
|
Adunan pemasaran 7P yang
terdiri daripada elemen produk (product),
harga (price), tempat (place), manusia (people), proses (process),
bukti fizikal (physical evidence), produk (product)
dan promosi (promotion). Adunan
pemasaran 7P biasa digunakan untuk memasarkan servis atau perkhidmatan.
Manusia terlibat di dalam
semua 4P seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah
2.3. Kajian pasaran perlu dibuat untuk melihat sama
ada terdapat permintaan yang mencukupi untuk menjual sesuatu produk atau
perkhidmatan.
keyakinan
dan jaminan supaya pelanggan membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Setiap pekerja perlu dilatih dan diberikan kemahiran yang diperlukan supaya
pekerja anda memahami objektif syarikat, produk dan perkhidmatan yang
disediakan. Ini termasuklah jurujual, perkhidmatan pelanggan, staf teknikal dan
sokongan juga perlu berpengetahuan supaya mereka dapat membantu untuk
mempromosi produk atau perkhidmatan anda dengan lebih baik kepada pelanggan
yang berpotensi.
Pelanggan merupakan orang
yang penting dalam sesebuah perniagaan. Pelanggan yang telah memahami produk
atau perkhidmatan dengan jelas bukan sahaja akan membuat pembelian lagi dan
menjadi pelanggan setia, malahan mereka akan menyampaikan maklumat tersebut
kepada rakan dan kenalan mereka. Gabungan pekerja yang baik dan pelanggan yang
berpuas hati akan membantu syarikat anda untuk mengembangkan perniagaan dan
menjana keuntungan.
Sistem dan proses yang jelas, kemas dan tersusun akan meningkatkan
kecekapan operasi syarikat. Garis panduan (SOP) yang jelas akan mengurangkan
kos pentadbiran dan meningkatkan keuntungan organisasi. SOP ialah arahan
langkah demi langkah atau manual sebagai panduan untuk menguruskan produk dan
perkhidmatan.
Pembelian pengguna hari
ini sangat dipengaruhi oleh respons pembeli-pembeli sebelumnya yang bentuk
komen terhadap produk/perkhidmatan. Mereka mampu mempengaruhi jualan menerusi
komen-komen atau maklum balas negatif atau positif. Testimoni seperti laporan
makmal dan perkongsian pengalaman dari pengguna adalah penting untuk menarik minat
bakal pembeli.
Penerangan ringkas
mengenai setiap elemen yang terdapat di dalam setiap elemen adunan pemasaran 7P
ditunjukkan di dalam Rajah 2.5.
Model pemasaran 4C di
perkenalkan oleh Robert F. Lauterborn pada tahun 1990 (Annmarie Hanlon,
2015). Adunan pemasaran 4C ini bukan sebahagian daripada adunan pemasaran
sebaliknya model pemasaran 4C ialah perluasan dari adunan pemasaran 4P. Model
4C melibatkan 4 elemen penting iaitu nilai kepada keperluan dan kehendak
pelanggan (customer value), kos (cost), keselesaan (convienience) dan komunikasi (communication).
Pertalian di antara model adunan pemasaran 4P dan model pemasaran 4C
ditunjukkan di dalam Rajah 2.6.
Lauterborn menyatakan
harga barangan tidak hanya terhad kepada harga yang dibayar semasa membeli
sesuatu barang sahaja sebaliknya ia turut melibatkan kos pemilikan contoh
pengangkutan, penyelenggaraan dan kawalan keselamatan.
Penjual hanya boleh
menjual produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh bakal pembeli sahaja.
Kajian pasaran perlu dilakukan untuk mengenal pasti keperluan dan kehendak
pengguna semasa.
Lauterborn berpendapat,
promosi adalah satu manipulasi, manakala komunikasi adalah bersifat kerjasama.
Pemasar hendak mengadakan dialog terbuka untuk mengenal pasti keperluan dan
kehendak bakal pembeli (Annmarie Hanlon,
2015).
Produk atau perkhidmatan
mestilah mudah untuk dimiliki oleh pengguna. Pemasar hendaklah mempelbagaikan
saluran pemasaran untuk memudahkan pengguna mendapatkan barangan keperluan
mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan