Jumlah Paparan Halaman

Facebook like

Jom Like dan Share Fb Coach VB437

Powered By Blogger

Dr Auto ILPKL

Dr Auto ILPKL
Pulzar Oil at Dr Auto ILPKL

O2O Member

020 Member

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)
CNI Business Owner (Klik Logo)
Memaparkan catatan dengan label Just Duit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Just Duit. Papar semua catatan

FACEBOOK INSIGHT: FACEBOOK STORY


Facebook story ialah kemas kini daripada rakan mengenai engagement dengan sesebuah pages, orang, acara dan sebagainya dan ia terpapar di news feed.

Engagement yang mencipta story ialah Like pada sesebuah page, engagement pada post, posts pada Page, menghadiri acara, tagging atau menyebut sesebuah page, chcek in lokasi dan lain – lain interaksi.



Menyusun story mengikut post yang terpapar pada wall pengguna dan engagement pada page oleh memberi maklumat mengenai tindakan pengguna yang meningkatkan kesedaran mengenai pages anda.

Story berkaitan post jenama anda akan menimbulkan kesedaran mengenai Facebook Pages anda. Lebih ramai orang yang bertindak balas kepada kandungan page,  akan menyebabkan lebih ramai rakan mereka melihat story berkaitan page anda. Apabila seseorang bertindak balas terhadap pos pada page anda, penerangan berkaitan tindakan mereka akan terpapar di news feed rakan mereka. Sebagai contoh “Ali suka page Coach VB 437” atau “Siti memberi komen pada Page Caoch VB 437”.

Rujukan: The Complete Guide to Facebook Analytics

SEO: FAHAMI CARA ENJIN CARIAN MENGGUNAKAN URL

Enjin carian memerlukan URL unik untuk setiap kandungan untuk membolehkan laman tersebut dicrawl dan disenaraikan di dalam index. Kandungan yang berbeza seperti produk yang berlainan perlu diberikan URL tersendiri. URL terbahagi kepada beberapa bahagian.
protocol://hostname/path/filename?querystring#fragment
Contohnya:
https://www.example.com/RunningShoes/Womens.htm?size=8#info
Google mencandangkan semua laman web menggunakan https:// di mana boleh. Hostname merujuk kepada nama host tempat data disimpan. Google membezakan di antara laman yang menggunakan “www” dengan laman “tanpa www”. Apabila menambah laman web ke Search console daftarkan kedua – dua laman dengan versi http:// and https:// dan laman dengan versi "www" and "non-www".

Path, filename, and query string menentukan kandungan yang akan diakses oleh server. Tiga bahagian ini adalah case-sensitive, “FILE” akan memberikan hasil yang berbeza dengan “file”. Hostname dan protocol bukan case-sensitive; huruf besar atau kecil tidak memberi sebarang kesan pada pencarian.

Fragment sebagai contoh "#info" mengenal pasti bahagian mana yang perlu di paparkan oleh browser.

Tanda slash (/) dihujung selepas hostname adalah pilihan kerana tiada beza antara “https://example.com/” dan “https://example.com”. Sebaliknya tanda slash selepas path dan filename akan memberikan maksud yang berbeza sebagai contoh “https://example.com/fish” tidak sama dengan "https://example.com/fish/".

SEO: GUNAKAN TAG HEADING UNTUK MENONJOLKAN MAKLUMAT PENTING


Tag heading digunakan untuk menghasilkan teks yang bersaiz lebih besar berbanding dengan teks normal, tag ini digunakan untuk menandakan kata kunci atau maklumat penting di dalam laman. Gunakan heading secara berstruktur untuk menghasilkan sebuah dokumen yang kemas dan mudah untuk dibaca.

Amalan baik
Bayangkan anda sedang menulis rangka dokumen.

Elakkan
Elakkan dari menggunakan terlalu banyak heading.
Elakkan menggunakan heading yang terlalu panjang.

SEO: GUNAKAN META TAG “DESCRIPTION”


Meta tag “description” membekalkan ringkasan kandungan laman kepada Google dan enjin carian yang lain. Tajuk biasanya riangkas dan padat, manakala description meberikan penerangan yang lebih jelas mengenai kandungan sesuatu laman. Meta tag description ditemapatkan di dalam tag  <head> selepas tag <title> .



Meta tag “description” penting kerana Google mungkin akan menggunakan ayat yang terdapat di bahagian ini sebagai keterangan ringkas yang diletakkan dibawah tajuk laman di dalam enjin carian.


Amalan terbaik
  • Bina ringkasan yang tepat.
  • Tulis ringkasan yang boleh memberi maklumat dan menarik minat pengguna, jika petikan di dalam meta tag diletakkan dibawah tajuk laman di dalam enjin carian. Masukkan maklumat yang relevan yang boleh menarik minat pembaca untuk mengunjunggi laman web anda.
  • Gunakan ringkasan yang unik untuk setiap laman.


Elakkan:
  • Elakkan dari menulis perkara yang tiada kaitan dengan kandungan laman web anda.
  • Jangan gunakan keterangan umum seperti “Ini adalah laman web” atau “Laman berkaitan sambal belacan”
  • Isi ringkasan dengan menggunakan kata kunci sahaja
  • Jangan salin keseluruhan kandungan laman ke dalam meta tag description.


SEO: BANTU GOOGLE DAN PENGGUNA MEMAHAMI KANDUNGAN LAMAN ANDA


Semasa Googlebot membuat crawling ia perlu melihat laman web tersebut dengan cara yang sama pengguna melihat laman web. Googlebot mesti diberi kebenaran untuk mengakses JavaScript, CSS dan imej yang terdapat di dalam laman web. Gunakan URL inspection tool (https://support.google.com/webmasters/answer/9012289) untuk menyelesaikan error yang boleh mengganggu Googlebot membuat crawling.

Cipta tajuk yang unik dan tepat

Gunakan tag <title> untuk memberitahu kedua – dua pengguna dan enjin carian mengenai topik yang dibincangkan oleh laman web anda. Tag <title> perlu diletakkan di antara elemen <head> di dalam dokumen HTML. Tajuk setiap laman mestilah unik dan mampu menarik perhatian pembaca.



Bina tajuk dan keratan yang baik di dalam keputusan carian
Enjin carian akan memaparkan tajuk laman di bahagian atas keputusan carian. Tajuk laman boleh dibina dengan menggunakan nama perniagaan atau dibentuk dari gabungan maklumat penting seperti lokasi fizikal perniagaan atau  produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Amalan terbaik

Terangkan kandungan laman web dengan tepat.
Pilih tajuk yang menarik, mudah difahami dan mempunyai lenggok basa yang sesuai dengan kumpulan sasar.

Elakkan

             Memilih tajuk yang tiada kaitan dengan kandungan laman web.
             Menggunakan tajuk default seperti "Untitled" atau "New Page 1".
              Cipta tajuk yang unik untuk setiap laman.
              Jika laman anda menggunakan laman yang lain untuk paparan mobile, cipta tajuk yang unik                untuk paparan mobile juga.

             Elakkan menggunakan satu tajuk untuk ke semua laman yang mempunyai bilangan laman                  yang banyak. Gunakan tajuk yang ringkas dan mudah difahami.
             Elakkan dari menggunakan tajuk yang terlalu panjang.
             Elakkan dari memasukkan kata kunci yang tidak berkaitan di dalam tajuk.

SEO: CRAWLING, INDEXING DAN RANKING


Crawling
Crawling ialah langkah pertama untuk mengesan kewujudan sesebuah laman web.Oleh kerana tiada satu daftar induk yang menyenaraikan semua laman web, Google perlu mengesan laman web secara berterusan, proses ini dikenali sebagai crawling.

Ada laman yang dikesan oleh Google kerana ia pernah dilawati sebelumnya atau laman web baru  boleh dikesan jika laman tersebut dihubungkan dengan laman web yang  telah dikesan oleh Google sebelum ini. Pemilik laman juga boleh menghantar senarai laman (sitemap) kepada Google untuk di crawl. Untuk meningkatkan crawl anda boleh;
  • Untuk laman satu muka, anda boleh menghantar URL kepada Google.
  • Hubungkan laman web anda kepada laman web yang telah sedia di kenali oleh Google.


Indexing
Setelah sesebuah laman we ditemui, Google akan cuba untuk memahami isi kandungan laman tersebut. Proses ini dikenali sebagai indexing. Google akan menganalisis laman, katalog, imej dan video yang terdapat di dalam laman. Perbaiki peluang untuk indexing:
  • Cipta tajuk ringkas tetapi bermakna.
  • Gunakan page heading untuk menceritakan kandungan laman.
  • Gunakan text dan bukan imej untuk menyampaikan maklumat.


Serving (and ranking)
Apabila pengguna membuat carian, Google akan cuba untuk mencari jawapan yang paling relevan daripada index berdasarkan kepada pelbagai faktor. Google cuba mengenal pasti jawapan terbaik, lokasi semasa pengguna, bahasa dan alat yang digunakan. Ranking tidak boleh dibeli, ranking dijalankan oleh program secara automatik.

  • Untuk memperbaiki serving and ranking:
  • Pastikan laman web anda dapat dipaparkan dengan pantas dan mobile-friendly.
  • Masukkan maklumat yang berguna dan pastikan ia sentiasa dikemas kini.
  • Patuhi panduan webmaster.
  • Baca dan gunakan best practice SEO.

Sumber: https://support.google.com/webmasters/answer/70897

SEARCH ENGINE OPTIMIZATION: APA ITU SEO?


Search engine optimization (SEO) biasanya memerlukan webmaster membuat perubahan kecil kepada bahagian tertentu di dalam sesebuah laman web. Tujuan utama perubahan adalah untuk memudahkan pengguna membuat carian maklumat di dalam sesebuah laman web   serta menambah peluang untuk laman tersebut di senaraikan di enjin carian terutama Google dengan secara organik.

Sesebuah laman web perlu dioptimumkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelawat. Salah satu pelawat ialah enjin carian yang membantu pengguna Internet menemui laman web anda.  Search Engine Optimization ialah proses untuk membantu enjin carian memahami dan mempersembahkan kandungan laman web anda kepada pencari maklumat.

Berikut adalah istilah penting yang perlu diketahui berkaitan SEO:

Index – Google menyimpan semua maklumat yang diketahui berkaitan sesuatu laman web di dalam index. Index setiap laman terdiri daripada maklumat seperti kandungan dan alamat pautan (URL) laman web tersebut. Proses index akan berlakuk beberapa kali sehari, Google akan membaca dan menyimpan maklumat yang diperolehi di dalam index.

Crawl – Proses mencari maklumat baru atau kemaskini sesebuah laman web. Google menjumpai URL dengan menggunakan pautan dengan membaca sitemap dan cara – cara lain. Google akan crawl sesebuah laman web, mencari laman baru kemudian memasukkannya ke dalam index apabila sesuai.

Crawler – Perisian yang membuat crawl secara automatik. Perisian ini akan mengambil maklumat dari laman web dan membina index.

Googlebot – Nama Google crawler.

SEO - Search engine optimization: Proses untuk memudahkan enjin carian mengenl pasti sesebuah laman web.

Adakah laman web anda berada di dalam Google index?
Untuk menentukan sama ada sesebuah laman web telah di masukkan di dalam Google index atau sebaliknya, guna carian “site:”.  Sebagai contoh “site:eusahawanilpkl.blogspot.com”.


Google membuat crawl ke atas berbilion laman web dalam sehari, ada kalanya terdapat laman web yang tidak disenaraikan di dalam Google index, in berlaku kerana:
  • Laman ini tidak berhubung dengan laman web yang lain dengan baik.
  • Laman web anda baru dilancarkan dan Google masih belum sempat membuat crawl.
  • Reka bentuk laman web yang digunakan menyukarkan Google membuat crawl secara berkesan.
  • Terdapat error semasa Google membuat crawl.
  • Policy laman web anda tidak membenarkan Google membuat crawl.



Bagaimana saya boleh menyenaraikan laman web saya di enjin carian Google?
Proses penyenaraian laman web di enjin cari Google adalah percuma dan mudah; anda tidak perlu membuat permohonan kepada Google. Google ialah sebuah enjin carian yang membuat crawl secara automatik untuk mencari laman web dan memasukkannya ke dala Google index.  Google turut menyediakan sebuah garis panduan (https://support.google.com/webmasters/answer/35769) perkara penting yang perlu diikuti oleh sesebuah laman web untuk disenaraikan di dalam enjin cari Google kepada webmaster.

Berikut adalah beberapa soalan asas berkaitan laman web anda yang perlu ditanya kepada diri sendiri sebelum  mula:
  • Adakah laman web saya disenaraikan di Google?
  • Adakah saya menyediakan bahan berkualiti tinggi kepada pengguna?
  • Adakah perniagaan saya tersenarai di dalam Google?
  • Adakah laman web saya dapat dipaparkan dengan pantas dan mudah di semua peranti?
  • Adakah laman web saya selamat?

Untuk memudahkan pemeriksaan muat turun senarai semak.

Sumber: https://support.google.com/webmasters/answer/7451184?hl=en

ALAT PEMASARAN PERCUMA YANG PERLU DIMANFAATKAN OLEH PENIAGA KECIL DAN SEDERHANA


Brian Sutter di  Forbes telah berkongsi 42 alat promosi percuma yang perlu dimanfaatkan oleh perusahaan kecil dan sederhana untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka.

Menjadualkan posting di media sosial

Buffer membolehkan anda mengatur jadual untuk menghantar post ke media sosial. Akaun percuma boleh digunakan untuk menghantar post ke tiga akaun media sosial dan dibenarkan untuk menghantar sehingga 10 post untuk setiap akaun.

HootSuite menawarkan satu lagi aplikasi percuma untuk mengatur jadual posting di media sosial.

Robot membalas mesej

Chatbot ialah program yang dibina untuk bertindak balas secara automatik terhadap mesej yang diterima. Chatbot boleh diprogramkkan untuk membalas mesej dengan cara yang sama pada setiap masa atau bertindak balas mengikut kata kunci yang terdapat di dalam mesej. Chatbot boleh digunakan dengan platform seperti SMS, Facebook dan Twitter. Untuk maklumat lanjut layari Sproutsocial .

Menghasilkan animasi dan grafik

GIFMaker.me membolehkan anda menghasilkan animasi gif, slideshow dan video animasi beserta music secara atas talian dengan percuma dan mudah.

Meme ialah satu unit yang menunjukkan budaya, simbol atau amalan yang boleh ditafsirkan kepada orang lain melalui gambar, simbol, penulisan, isyarat dan lain-lain yang tersebar di dalam internet dan akhirnya menjadi fenomena masa kini. Nak contoh mudah cuba tengok gambar yang disiarkan oleh Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM), itulah meme.

Meme Generator ialah aplikasi penghasilan imej atas talian percuma yang boleh digunakan untuk mengubah saiz imej dan text.



Aplikasi untuk menghasilkan video atas talian.


Menjalankan peraduan dan kuiz

Aplikasi untuk membina peraduan, landing page atau kuiz.

Pemasaran email.
Boleh digunakan untuk menghantar 12,000 email kepada 2,000 pelanggan sebulan secara percuma.

Letakkan tanda tangan anda di dalam setiap email yang dihantar secara automatik.

Dapat maklumat media sosial untuk setiap orang yang menerima atau menghantar email kepada anda.

Reka bentuk

Alat untuk menghasilkan grafik bermutu tinggi secara percuma.



Koleksi gambar secara percuma.

Mencari lokasi asal gambar di Internet.
  
Aplikasi untuk menghasilkan logo yang bermutu tinggi.


Tulisan

Aplikasi untuk memeriksa ejaan dan tatabahasa.

Aplikasi untuk menyimpan dokumen secara tas talian.

Aplikasi untuk menilai keberkesanan tajuk sesuatu artikel.

Perancangan dan susun atur

Menggunakan konsep seperti post it note.

Aplikasi untuk menyenaraikan idea semasa proses perbincangan.

Aplikasi untuk membina database.

Aplikasi untuk menyimpan dan berkongsi dokumen atas talian.

Search Engine Optimization

Search Console adalah nama baru untuk Google Webmaster Tools. Menyediakan maklumat mengenai prestasi sesebuah laman web.

Alat untuk mengumpul maklumat mengenai pengunjung sesebuah laman web.

Membekalkan maklumat mengenai kata kunci yang digunakan oleh laman web pesaing.

Menghasilkan laporan perbandingan antara laman web anda dengan laman web pesaing.

Mencadangkan kata kunci yang akan menarik perhatian enjin carian.

Aplikasi pemeriksaan kata kunci dari Google.

Content Marketing

Membekalkan maklumat mengenai content marketing yang popular.


Gunakan aplikasi ini untuk menyediakan content marketing yang terbaik.


Tracking

Digunakan untuk mengsan klik daripada iklan atau pautan berbayar atau perkara lain.

Untuk mengesan klik yang berada diluar laman web anda. Contohnya; http://bit.ly/eUsahwanILPKL

Website

Gunakan WordPress untuk membina laman web.

WordPress Plugins






 Jetpack 

Get More Business


















INSTAGRAM UNTUK PERNIAGAAN




Instagram ialah aplikasi perkongsian foto dan video percuma yang tersedia di Apple iOS, Android dan Windows Phone. Pengguna Instagram  boleh memuat naik foto atau video ke aplikasi Instagram dan mengongsinya dengan pengikut mereka atau dengan kumpulan rakan yang terpilih. Mereka juga boleh melihat, memberikan komen dan menyukai kiriman yang dikongsi oleh rakan mereka di Instagram. Sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas boleh mencipta akaun dengan mendaftarkan alamat e-mel dan memilih nama pengguna.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan di laman web Instagram (https://business.instagram.com) pada bulan Julai 2018, Instagram mempunyai lebih 1 Bilion pengguna yang aktif di seluruh dunia. Lebih 500 juta pengguna melayari aplikasi Instagram pada setiap hari. Selain dari peniaga atas talian yang mempunyai modal yang kecil untuk menguruskan pengiklanan mereka, Instagram turut digunakan oleh syarikat – syarikat besar seperti LG, Pepsi, KFC dan McDonald.  Berdasarkan dari statistik di atas jelas bahawa Instagram adalah salah satu alat promosi yang penting untuk sesebuah perniagaan.



WAKTU TERBAIK UNTUK MENGHANTAR POSTING

PAGI
7.00 - 9.00 PAGI
Majoriti pengguna telefon pintar akan memeriksa telefon mereka sebelum memulakan tugasan harian.

TENGAHARI
12.00 - 2.00 PETANG
Waktu rehat makan, pengguna telefon pintar akan memeriksa telefon untuk membaca berita semasa atau berkomunikasi dengan rakan.

PETANG 
5.00 - 7.00 PETANG
Selepas waktu kerja, telefon pintar akan digunakan untuk merehatkan minda dan mengisi masa lapang.

HARI CUTI
SEPANJANG HARI
Hari cuti mencatatkan pengguna Internet tertinggi berbanding hari lain.

JENIS - JENIS AYAT JUALAN FB

Posting jualan (copywriting) ialah tulisan yang digunakan untuk memperkenalkan konsep, perniagaan, pendapat atau individu. Posting jualan digunakan untuk meningkatkan minat terhadap produk atau perkhidmatan menggunakan bahasa memujuk. Tujuan posting jualan adalah untuk memujuk penonton, pembaca atau pendengar untuk membeli sesuatu produk atau mengubah sudut pandang mereka. Posting jualan terbahagi kepada tiga jenis iaitu Teaser, Soft sell dan Hard sell.

Teaser   ialah   teknik   pengiklanan   di   mana   sedikit previu diberikan mengenai apa yang pengguna bakal perolehi. Iklan   ini   sesuai   digunakan   untuk   produk/koleksi/ perkhidmatan baru. Contoh iklan berbentuk teaser ialah seperti yang dapat di lihat di dalam Rajah 2.19.





Soft  sell  ialah  teknik  di  mana  usahawan  berkongsi ilmu dahulu sebelum menjual dan ia boleh dilakukan berulang kali. Antara bentuk soft sell yang boleh digunakan ialah berkongsi tips, resepi dan artikel ilmiah yang ada kaitan dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Artikel ini biasanya disimpan di dalam laman perniagaan dan pautan ke laman web tersebut akan dikongsi di media sosial terutamanya Facebook. Selain dari menarik minat bakal pembeli untuk mengunjungi laman web perniagaan, perkongsian kepakaran  juga akan dapat membina kepercayaan bakal pembeli. Contoh iklan berbentuk soft sell ialah seperti di dalam Rajah 2.18.






Hard sell pula ialah teknik jualan terus. Walaupun mendapatkan jualan yang tinggi adalah amat penting di dalam sesebuah perniagaan, iklan berbentuk hard sell yang terlalu kerap akan menyebabkan pengunjung Facebook terasa terganggu dan mengambil tindakan untuk berhenti dari mengikuti posting yang disiarkan oleh sesuatu Facebook Page. Contoh iklan berbentuk hard sell ialah seperti di dalam Rajah 2.19.















CARA MEMBUAT JUALAN DENGAN FACEBOOK


TIP PENGIKLANAN DENGAN FACEBOOK PAGE

























KOMUNITI DIGITAL


Aset terpenting yang boleh dibina dengan menggunakan media sosial ialah komuniti. Dalam dunia nyata bilangan komuniti yang boleh dianggotai oleh seseorang individu adalah terhad. Faktor geografi mempengaruhi bilangan ahli di dalam sesebuah  komuniti. Dunia digital atau maya membenarkan komuniti yang besar dibina dengan tanpa batasan geografi dan sempadan negara. Komuniti digital seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.9 boleh terdiri daripada:
1.      Kenalan langsung: Keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan sepejabat.
2.      Kenalan tidak langsung: Mereka yang mengenali kenalan langsung dan melibatkan diri dalam komuniti secara atas talian (on line).
3.      Bukan kenalan: Mereka yang mengenali kenalan tidak langsung dan melibatkan diri dalam komuniti yang diwujudkan secara atas talian.



Kewujudan multiplier effect di mana ahli komuniti menjadi semakin ramai akibat penambahan kenalan tidak langsung dan bukan kenalan adalah di antara penyebab utama komuniti mudah berkembang. Dengan wujudnya komuniti yang sangat besar keahliannya, seseorang usahawan itu mampu menggunakannya sebagai platform untuk memasarkan produk/perkhidmatan dengan lebih mudah.

KEMPEN PEMASARAN


Kempen pemasaran adalah merupakan terjemahan dari perancangan yang dibuat di dalam pelan pemasaran. Pelan pemasaran yang efektif mestilah dirancang dengan menggunakan kaedah SMART iaitu spesifik (specific), boleh diukur (measureable), mampu dicapai (achieveable),  boleh dilaksanakan (realistic) dan mempunyai jangka masa (time bound). 


Kempen pemasaran dijalankan dengan salah satu daripada dua objektif iaitu penjenamaan atau jualan.
Kempen penjenamaan dilaksanakan untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang baru berada di pasaran atau untuk mengukuhkan kedudukan jenama tersebut di pasaran. Objektif pemasaran ini boleh dicapai dengan memperkenalkan nama, logo dan slogan produk atau perkhidmatan dan memastikan prospek memahami nilai yang dibawa oleh produk atau perkhidmatan seperti bermutu tinggi, menjimatkan bahan api dan mengurangkan kerosakan kepada komponen enjin serta memperkukuhkan kepercayaan pelanggan terhadap jenama tersebut di pasaran.

Kempen jualan digunakan untuk memujuk pelanggan untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Antara kaedah yang sering digunakan untuk menarik perhatian pelanggan ialah memberikan tawaran istimewa atau potongan harga kepada bakal pembeli dan pelanggan dan menerangkan mengenai bagaimana produk atau perkhidmatan boleh memenuhi keperluan atau kehendak pembeli atau memberi nilai tambah kepada kehidupan mereka.

Kempen pemasaran melibatkan empat fasa iaitu perancangan, pengenalan, penjenamaan & jualan dan ganjaran seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.10.



STUKTUR PERNIAGAAN DIGITAL


Sebelum mengkaji dengan lebih mendalam mengenai cara untuk memanfaatkan pemasaran digital kita perlu memahami struktur perniagaan digital. Perniagaan digital terdiri daripada lima elemen asas iaitu laman web, E-Commerce, media sosial, medium komunikasi dan marketplace.




Komponen terpenting di dalam sesebuah dunia perniagaan digital ialah laman web perniagaan yang berfungsi sebagai kedai di alam maya. Kedai maya ini beroperasi selama 24 jam dan boleh dilawati oleh sesiapa sahaja dari seluruh dunia yang  mempunyai akses kepada talian Internet.

Untuk menarik perhatian pengunjung laman web mestilah kemas dan tersusun dengan sistematik untuk memudahkan bakal pembeli mengenali produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Untuk produk yang berbentuk fizikal laman web boleh digabungkan dengan fungsi E-Commerce untuk memudahkan pembeli membuat tempahan. Media sosial boleh digunakan untuk menarik trafik mengunjungi laman web perniagaan.

E-Commerce ialah sebuah sistem perdagangan digital yang digunakan untuk menjalankan transaksi pembelian secara terus melalui kaedah debit atau kredit menggunakan “payment gateway” yang diintegrasikan di laman web. Sistem E-Commerce juga boleh digunakan untuk mengawal inventori masuk dan keluar, memantau status penghantaran barangan kepada pelanggan serta mengumpul  maklumat pelanggan di dalam bentuk database.

Media sosial merupakan pintu kepada kedai digital. Facebook dan Instagram adalah platform media sosial yang popular yang digunakan untuk berkongsi maklumat mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan. Pautan ke laman web boleh diletakkan di media sosial untuk menarik trafik ke sesebuah laman web perniagaan.

Facebook Messenger, Whatsapp dan emel merupakan jambatan yang menghubungkan pembeli atau prospek dengan penjual. Medium komunikasi digunakan sebagai saluran kepada prospek atau bakal pembeli untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sesuatu produk atau perkhidmatan atau maklumat berkaitan pembayaran dan penghantaran.

Marketplace merupakan ekosistem perniagaan yang dibangunkan oleh pihak ketiga seperti Lazada, Zalora, Mudah.my dan Ali Baba yang menyediakan infrastruktur dan ruang pasaran perniagaan yang lengkap kepada penjual dan pembeli. Penjual perlu membayar yuran perkhidmatan yang tertentu untuk menggunakan kemudahan yang disediakan ini.

PEMASARAN DIGITAL

Pemasaran digital ditakrifkan sebagai aktiviti promosi untuk produk atau jenama melalui aplikasi media elektronik. Fungsinya ialah sebagai medium pertukaran maklumat produk atau perkhidmatan kepada pelanggan. Selain itu, usahawan boleh menggunakan kaedah ini untuk membina dan mengekalkan hubungan bersama pelanggan. Pemasaran digital adalah lebih kos efektif daripada
kaedah pemasaran konvensional dari segi kitar jualan yang berkurangan, boleh diukur, memberi lebih kemudahan serta mencapai hasil yang disasarkan. Pemasaran digital kini dan pada masa hadapan bermatlamat untuk menghasilkan jualan dengan menggunakan data penggunaan Internet.

Medium elektronik yang sering digunakan oleh penjual untuk memasarkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan terdiri daripada laman web, e-mel dan mobile marketing, laman Blog, laman Facebook, Google, Instagram dan Youtube.




Medium pengiklanan digital yang sering digunakan oleh penjual untuk memasarkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan terdiri daripada laman web, e-mel dan mobile marketing, laman Blog, laman Facebook, Google, Instagram dan Youtube.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penduduk Malaysia pada hari ini ialah seramai 32 juta orang, daripada jumlah ini dianggarkan 24.5 juta daripada mereka merupakan pengguna Internet (76.9%). Manakala selebihnya (23.1%) tidak memiliki akses kepada Internet.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di dalam laporan yang bertajuk  Internet users survey 2017 (Malaysian Communication and Multimedia Comission, 2017) menunjukkan bahawa pada tahun 2016  terdapat seramai 28.5 juta pelanggan  Internet jalur lebar mudah alih dan 2.5 juta pelanggan Internet jalur lebar talian tetap di Malaysia. Daripada jumlah tersebut seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.7  seramai 89.4% pengguna Internet melayari Internet dengan menggunakan  telefon pintar.


Graf yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.8  yang diperolehi daripada SKMM menunjukkan bahawa 85 % pengguna Internet menggunakan Internet di rumah, manakala 84% pengguna Internet melayari Internet semasa mereka sedang berada di dalam perjalanan seperti semasa menggunakan pengangkutan awam, menunggu di stesen atau ketika sedang menaiki kereta. Apa yang lebih menarik ialah kajian ini turut menyatakan 54.8% pengguna Internet menggunakan talian Internet semasa mereka berada di rumah orang lain. Maklumat di atas merupakan bukti kukuh bahawa pemasaran digital menyediakan peluang yang tinggi untuk sesuatu maklumat sampai kepada golongan sasaran dengan cepat dan murah.


Kajian dari menunjukkan Google Insight Think (Marketo, 2015) menunjukkan sebelum seseorang pengguna atau pembeli melangkah ke kedai untuk membuat pembelian, 48% pengguna memulakan pencarian berkaitan sesuatu produk atau perkhidmatan dengan menggunakan enjin carian, 33% merujuk kepada laman web jenama barangan dan 26% membuat carian menggunakan aplikasi pintar.


YBhg. Dato' Sri Dr Mohd. Uzir bin Mahidin, Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia  di dalam satu ucapannya seperti yang disiarkan di dalam akhbar New Strait Times bertarikh 19 March 2018, dibawah tajuk Malaysia's Internet penetration is now 85.7per cent, menyatakan 86.3% pengguna di Malaysia menggunakan Internet untuk melayari media sosial dan 80.4% pengguna menggunakan Internet untuk mencari maklumat berkaitan produk atau perkhidmatan.



Well3 Tongkat Ali Capsule

Well3 Tongkat Ali Capsule RM 104.00 Kapsul Tongkat Ali diperbuat daripada akar Tongkat Ali yang berkualiti tinggi, diperolehi darip...