WhatsApp ialah aplikasi penghantaran mesej segera yang boleh digunakan untuk bertukar - tukar mesej antara pengguna. Aplikasi beroperasi dengan cara yang sama seperti program penghantaran mesej dengan menggunakan komputer (chat) yang telah lama wujud di Internet, yang berbeza hanyalah sistem boleh beroperasi dengan menggunakan komputer dan telefon pintar.
Perkhidmatan WhatsApp adalah sama dengan SMS, apa yang
berbeza ialah WhatsApp membenarkan pengguna menghantar dan menerima mesej
berbentuk teks, imej dan video dengan tanpa had dan percuma. Manakala setiap
SMS yang dihantar oleh pengguna akan dikenakan bayaran oleh penyedia
perkhidmatan talian telefon berkenaan. Untuk menikmati perkhidmatan yang
disediakan pegguna WhatsApp perlu mempunyai akses kepada talian Internet sama
ada talian berbayar atau percuma.
Berikut adalah cara bagaimana WhatsApp boleh digunakan
sebagai alat pemasaran digital:
Menghantar dan
menerima mesej
WhatsApp oleh dianggap sebagai alat pemasaran digital yang
paling berkesan dan cepat untuk menyampaikan maklumat kepada golongan sasaran
terus. WhatsApp boleh digunakan oleh pemasar untuk menjalankan promosi melalui
kaedah visual, nota suara dan video. Kandungan mesej di dalam WhatsApp juga
boleh diubahsuai mengikut kumpulan sasaran untuk menimbulkan sentuhan individu.
Gambar profil
Logo syarikat atau produk boleh dijadikan sebagai gambar
profil WhatsApp untuk mempromosikan jenama atau produk. Untuk mendapatkan kesan
yang terbaik gambar profil yang dipilih mestilah mampu menarik minat audiens
untuk berinteraksi dengan jenama anda.
Status profil
Status profil WhatsApp hendaklah digunakan secara kreatif;
tulis mesej ringkas untuk menarik perhatian dan meningkatkan perasaan ingin
tahu di kalangan audiens anda.
Sasaran berkumpulan
Gerup WhatsApp adalah merupakan cara terbaik untuk membentuk
segmentasi dengan menggunakan aplikasi WhatsApp. Gerup WhatsApp boleh digunakan
untuk mengumpulkan orang yang mempunyai minat yang sama dan memulakan
perbincangan. Melalui kaedah ini anda boleh mengumpul maklumat untuk mengenali
keperluan dan kehendak segmen yang telah dikenal pasti. Kaedah ini juga mudah
untuk memviralkan sesuatu mesej kerana ahli kumpulan akan cenderung untuk
berkongsi maklumat yang mereka gemari dengan rakan – rakan mereka yang lain.
Kempen pemasaran
Anda boleh menggalakkan pembeli untuk menghantar gambar
mereka bersama produk anda atau bergambar di hadapan papan iklan perniagaan anda
dan sebagainya, sebagai balasan mereka akan menerima kupon diskaun. Kedah ini
berkesan untuk menambah dan meningkatkan pelanggan.
Komunikasi dalaman
Pada hari ini hampir semua orang mempunyai telefon pintar.
Email, Facebook, WhatsApp, Instragram adalah antara alat perhubungan yang
sering digunakan pada hari ini. Menurut Statista pada bulan Disember 2017
seramai 1.6 bilion penduduk dunia menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi.
WhatsApp telah mengubah cara manusia berkomunikasi, dengan adanya WhatsApp
maklumat kini boleh tersebar dengan cepat dan pantas.
Promosi acara
Selain dari berhubung whatsApp juga boleh digunakan untuk
mempromosikan sesuatu acara. WhatsApp boleh digunakan untuk berkongsi butiran
acara, gambar dan video.
Membuat perhubungan
dengan pelanggan
Majoriti pelanggan pada hari ini lebih selesa untuk
berhubung dengan peniaga atau penjual dengan menggunakan teks berbanding
bercakap di telefon. Dengan menggunakan WhatsApp penjual dapat membina
perhubungan yang lebih baik dengan pembeli atau pelanggan.
Bantuan pelanggan
WhatsApp juga boleh digunakan sebagai talian bantuan
pelanggan dengan menggunakan WhatsApp pelanggan boleh menghantar mesej dan
tidak rasa terganggu akibat terpaksa menunggu dengan lama di talian sebelum dapat
bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan. Walaubagaimanapun kaedah hanya
sesuai untuk jumlah pelanggan yang kecil sahaja.
Khidmat penghantaran
WhatsApp juga boleh digunakan sebagai platform untuk
pengguna membuat tempahan barangan atau perkhidmatan secara atas talian.
Laporan berita
Beberapa akhbar di Brazil telah menjadikan WhatsApp sebagai
sluran untuk menyampaikan berita kepada pembaca. Mereka berkongsi imej, audio
dan video seperti mana yang diterbitkan di akhbar, TV dan Internet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan