Search engine optimization (SEO) biasanya memerlukan
webmaster membuat perubahan kecil kepada bahagian tertentu di dalam sesebuah
laman web. Tujuan utama perubahan adalah untuk memudahkan pengguna membuat
carian maklumat di dalam sesebuah laman web serta menambah peluang untuk laman tersebut
di senaraikan di enjin carian terutama Google dengan secara organik.
Sesebuah laman web perlu dioptimumkan untuk memenuhi
keperluan dan kehendak pelawat. Salah satu pelawat ialah enjin carian yang
membantu pengguna Internet menemui laman web anda. Search Engine Optimization ialah proses untuk
membantu enjin carian memahami dan mempersembahkan kandungan laman web anda
kepada pencari maklumat.
Berikut adalah istilah penting yang perlu diketahui berkaitan
SEO:
Index – Google menyimpan semua maklumat yang diketahui
berkaitan sesuatu laman web di dalam index. Index setiap laman terdiri daripada
maklumat seperti kandungan dan alamat pautan (URL) laman web tersebut. Proses
index akan berlakuk beberapa kali sehari, Google akan membaca dan menyimpan
maklumat yang diperolehi di dalam index.
Crawl – Proses mencari maklumat baru atau kemaskini sesebuah
laman web. Google menjumpai URL dengan menggunakan pautan dengan membaca
sitemap dan cara – cara lain. Google akan crawl
sesebuah laman web, mencari laman baru kemudian memasukkannya ke dalam index
apabila sesuai.
Crawler – Perisian yang membuat crawl secara automatik.
Perisian ini akan mengambil maklumat dari laman web dan membina index.
Googlebot – Nama Google crawler.
SEO - Search engine optimization: Proses untuk memudahkan
enjin carian mengenl pasti sesebuah laman web.
Adakah laman web anda berada di dalam Google index?
Untuk menentukan sama ada sesebuah laman web telah di
masukkan di dalam Google index atau sebaliknya, guna carian “site:”. Sebagai contoh “site:eusahawanilpkl.blogspot.com”.
Google membuat crawl ke atas berbilion laman web dalam
sehari, ada kalanya terdapat laman web yang tidak disenaraikan di dalam Google
index, in berlaku kerana:
- Laman ini tidak berhubung dengan laman web yang lain dengan baik.
- Laman web anda baru dilancarkan dan Google masih belum sempat membuat crawl.
- Reka bentuk laman web yang digunakan menyukarkan Google membuat crawl secara berkesan.
- Terdapat error semasa Google membuat crawl.
- Policy laman web anda tidak membenarkan Google membuat crawl.
Bagaimana saya boleh menyenaraikan laman web saya di enjin
carian Google?
Proses penyenaraian laman web di enjin cari Google adalah
percuma dan mudah; anda tidak perlu membuat permohonan kepada Google. Google
ialah sebuah enjin carian yang membuat crawl secara automatik untuk mencari
laman web dan memasukkannya ke dala Google index. Google turut menyediakan sebuah garis panduan
(https://support.google.com/webmasters/answer/35769) perkara penting yang perlu
diikuti oleh sesebuah laman web untuk disenaraikan di dalam enjin cari Google
kepada webmaster.
Berikut adalah beberapa soalan asas berkaitan laman web anda
yang perlu ditanya kepada diri sendiri sebelum
mula:
- Adakah laman web saya disenaraikan di Google?
- Adakah saya menyediakan bahan berkualiti tinggi kepada pengguna?
- Adakah perniagaan saya tersenarai di dalam Google?
- Adakah laman web saya dapat dipaparkan dengan pantas dan mudah di semua peranti?
- Adakah laman web saya selamat?
Sumber: https://support.google.com/webmasters/answer/7451184?hl=en
https://freedownloadbookmarketingandbusiness.blogspot.com/2016/07/serach-engine-marketing-roswell-online.html?showComment=1585314131289#c1337734660880616259
BalasPadam