Facebook mempunyai 1.55 billion
pengguna aktif setiap bulan, perniagaan perlu mengambil peluang ini untuk
membina pengikut dan menetapkan kumpulan sasaran yang tepat. Pengikut yang
ramai penting kerana:
- Menimbulkan persepsi bahawa Facebook Pages anda boleh dipercayai;
- Menunjukkan kepopularan;
- Semakin ramai pengikut; semakin banyak trafik akan diperolehi; dan
- Ia akan membantu strategi SEO.
Setelah mencipta page, gunakan
jaringan peribadi dan jemput seberapa ramai orang dari Facebook peribadi untuk “Like”
Facebook Page anda dan minta mereka berkongsi dengan kawan – kawan mereka.
Tambah Facebook Like Box Plugin pada laman web
Facebook Like Box Plugin membantu perniagaan dengan cara:
- Menghubungkan laman web dengan Facebook Page rasmi perniagaan. Ini adalah satu faktor SEO dan membantu mendapatkan rangking yang baik di dalam Facebook;
- Membantu meningkatkan kepercayaan orang dengan laman web; dan
- Membantu menambah bilangan pengikut secara organik.
Kongsi kandungan yang berkaitan dan bermanfaat
Semakin tinggi nilai kandungan
kepada kumpulan sasar semakin tinggi peluang untuk mendapat Like dan Share
Bina blog atau newsletter
Blog atau
newsletter adalah cara terbaik untuk orang yang mengikuti anda berkongsi
Facebook Page anda dengan rakan mereka yang mempunyai minat yang sama. Ia juga
adalah cara terbaik untuk menarik trafik ke laman web anda.
Jadi diri sendiri
Terdapat banyak
Facebook Page dengan pelbagai kandungan. Menurut kajian lima buah Facebook
Profil dan Pages dibina pada setiap saat. Cipta kandungan yang boleh menarik
perhatian orang lain. Sentiasa kemas kini dan cuba untuk berada di kedudukan
teratas di dalam industri anda. Beritahu kewujudan Facebook Page anda kepada
orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan