Kempen pemasaran adalah
merupakan terjemahan dari perancangan yang dibuat di dalam pelan pemasaran.
Pelan pemasaran yang efektif mestilah dirancang dengan menggunakan kaedah SMART
iaitu spesifik (specific), boleh diukur (measureable), mampu dicapai
(achieveable), boleh dilaksanakan
(realistic) dan mempunyai jangka masa (time bound).
Kempen pemasaran dijalankan
dengan salah satu daripada dua objektif iaitu penjenamaan atau jualan.
Kempen penjenamaan
dilaksanakan untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang baru berada di
pasaran atau untuk mengukuhkan kedudukan jenama tersebut di pasaran. Objektif
pemasaran ini boleh dicapai dengan memperkenalkan nama, logo dan slogan produk
atau perkhidmatan dan memastikan prospek memahami nilai yang dibawa oleh produk
atau perkhidmatan seperti bermutu tinggi, menjimatkan bahan api dan
mengurangkan kerosakan kepada komponen enjin serta memperkukuhkan kepercayaan
pelanggan terhadap jenama tersebut di pasaran.
Kempen jualan digunakan
untuk memujuk pelanggan untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Antara
kaedah yang sering digunakan untuk menarik perhatian pelanggan ialah memberikan
tawaran istimewa atau potongan harga kepada bakal pembeli dan pelanggan dan
menerangkan mengenai bagaimana produk atau perkhidmatan boleh memenuhi
keperluan atau kehendak pembeli atau memberi nilai tambah kepada kehidupan
mereka.
Kempen pemasaran
melibatkan empat fasa iaitu perancangan, pengenalan, penjenamaan & jualan
dan ganjaran seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.10.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan