Jumlah Paparan Halaman

Facebook like

Jom Like dan Share Fb Coach VB437

Powered By Blogger

Dr Auto ILPKL

Dr Auto ILPKL
Pulzar Oil at Dr Auto ILPKL

O2O Member

020 Member

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)
CNI Business Owner (Klik Logo)

WHATSAPP BUSINESS: 11 FUNGSI RAHSIA WHATSAPP YANG TIDAK DIKETAHUI

Memformat mesej

Mesej di dalam WhatsApp boleh diformat sebagai Italic, Bold, Strikethrough dan Monospace.



WHATSAPP BUSINESS: MEMFORMAT MESEJ


WhatsApp membenarkan anda memformt mesej seperti berikut:

Italic
Italic menghasilkan tulisan condong.
Di dalam WhatsApp bentuk tulisan italic dihasilkan dengan meletak simbol underscore (__ ) dibhagian hadapan dan belakang perkataan.
_Coach VB437_ akan menghasilkan Coach VB437

BLOG PERNIAGAAN: FOKUS PADA KANDUNGAN


Berikut adalah beberapa soalan yang perlu dijawab sebelum menetapkan strategi pemilihan kandungan blog:

Berapa kerap saya perlu menghantar post?
Kekerapan penghantaran post adalah bergantung kepada keperluan perniagaan dan bagaimana post yang dihantar dapat menarik minat pelawat. Secara asas boleh dikatakan lebih banyak post yang bermaklumat, lebih tinggi trafik akan terbentuk.
Untuk membuat post memerlukan masa, anda perlu menentukan jumlah jam yang mampu diperuntukkan untuk mengemas kini dan menyelenggara blog anda. Sebagai permulaan membuat satu post sehari atau beberapa post seminggu adalah memadai.

BLOG PERNIAGAAN: REKABENTUK BLOG

Susun atur Blog yang baik bukan sahaja penting untuk menghasilkan sebuah Blog yang cantik dan menarik, lebih penting dari itu Blog boleh dijadikan alat untuk mencari bakal pembeli dan menukarkan mereka kepada pelanggan yang setia.

Berikut adalah beberapa panduan untuk menghasilkan sebuah Blog perniagaan yang baik:

Laman utama Blog
Laman utama Blog perlu mengandungi maklumat asas yang perlu diketahui oleh pelawat serta pautan ke post yang terkini. Fungsi carian dan link kepada arkib post terdahulu perlu dipaparkan untuk membolehkan pelawat mengakses kedua – dua post terkini dan lama.

MANIPULASI


BLOG PERNIAGAAN: PILIH CMS YANG BETUL


Untuk membolehkan anda menerbitkan dan mengekalkan blog anda, anda memerlukan sebuah Content Management System (CMS) iaitu sistem yang menyimpan kandungan blog anda yang baik dan berkesan.

Ciri – ciri CMS yang baik ialah ia mesti mudah untuk digunakan dan mudah untuk di selenggara, mempunyai kemudahan untuk membuat analisis dan pengukuran seperti mengesan bilangan pelawat, sumber trafik dan lain – lain dan terakhir sekali CMS tersebut mestilah mesra telefon pintar. Kajian dari Google menunjukkan 80% pengguna membuat carian maklumat dengan menggunakan telefon pintar.

BLOG PERNIAGAAN: BINA KANDUNGAN EVERGREEN


Setelah mengenal pasti golongan sasar anda perlu mengenal pasti kandungan yang sesuai. Untuk mendapat perhatian pembaca kandungan sesebuah blog mestilah bersifat evergreen. Kandungan yang bersifat evergreen ialah kandungan yang sentiasa relevan pada setia masa dan keadaan.

Berikut ialah senarai semak untuk mencipta kandungan yang bersifat evergreen:
  • Kenal pasti masalah yang membelenggu golongan sasar anda.
  • Kenal pasti satu kata kunci dan kaji kata kunci tersebut dari pelbagai sudut.
  •  Kenal pasti kata kunci yang sering digunakan untuk mencari maklumat berkaitan topik yang ingin ditulis.
  • Tulis berkaitan pantang larang (do and don’t)  yang ada kaitan dengan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan atau tulis bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara dengan cara yang kreatif dan mudah.
  • Kaji kandungan yang disiarkan oleh pesaing anda.


BLOG PERNIAGAAN: CIPTA AVATAR BAKAL PEMBELI


Langkah awal sebelum menulis kandungan sesebuah blog ialah untuk mengenal pasti kenapa dan kepada siapa anda menulis kandungan blog. 

Anda mungkin menjawab, saya menulis untuk bakal pelanggan saya. 

Itu memang betul, untuk memastikan anda menulis kandungan yang tepat dengan kehendak dan keperluan golongan sasaran anda perlu terlebih dahulu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kumpulan sasaran anda dan cara untuk mengatasinya.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membina persona atau avatar iatu watak ciptaan anda yang menggambarkan personaliti golongan sasar anda, apa jantinanya, berapa umurnya, di mana dia tinggal, apa minat dan kegemarannya dengan siapa dia bergaul, di mana mereka selalu membeli belah dan sebagainya. Lebih banyak maklumat yang anda tahu mengenai kumpulan sasaran anda lebih mudah untuk anda mencipta kandungan yang sesuai yang dapat menarik minat dan perhatian mereka.

Berikut adalah templat yang boleh digunakan untuk membantu anda mengumpulkan maklumat untuk membina avatar bakal pelanggan anda;
  • Bercakap dengan pelanggan anda secara bersemuka dan melalui panggilan telefon untuk mengetahui apa ciri produk atau perkhidmatan yang mereka inginkan, apa masalah mereka hadapi dan bahan bacaan yang bagaimana yang mereka suka baca.
  • Bercakap dengan pasukan jualan anda; mereka mempunyai pelbagai maklumat mengenai pelanggan anda. Maklumat yang ada pada mereka adalah amat penting untuk membentuk avatar bakal pembeli.
  • Lihat pada pangkalan data yang ada pada anda kenal pasti bagaimana pembeli mendapat maklumat mengenai produk atau perkhidmatan anda dan bagaimana corak pembelian dilakukan, kenal pasti juga berapa kerap pembelian dilakukan.
  • Kenal pasti jawatan, peranan, jabatan dan maklumat asas pelanggan dan bakal pembeli yang berada di dalam pangkalan data anda.
  • Lakukan kajian terhadap orang ramai.
  • Kumpulkan maklumat asas bakal pembeli dengan menawarkan sesuatu yang percuma kepada mereka apabila mereka melayari laman web anda.




Blog Perniagaan: Pengenalan


Istilah Blogging berasal daripada perkataan Web Log sebuah diari atas talian yang digunakan oleh individu untuk berkongsi mengenai idea dan pemikiran, aktiviti harian dan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu topik.  Pada hari ini blog juga digunakan oleh perniagaan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka.

Beikut adalah beberapa fakta penting kenapa sesebuah perniagaan perlu mempunyai blog mereka sendiri:

  • Pemasar B2B yang mempunyai blog menerima 67% bakal pembeli berbanding mereka yang tidak mempunyai blog.
  • Pemasar yang mementingkan penulisan blog mendapat 13 kagi ganda keuntungan.
  • Blog tidak memerlukan kos yang tinggi pelbauran terbesar anda ialah masa.
  • Syarikat yang mempunyai blog menerima 97% pautan terus ke laman web mereka.
  • Blog diiktiraf berada di tempat ke lima sumber maklumat yang paling tepat di atas talian. 

This is Marketing


Rahsia kejayaan


Pekerjaan terbaik


Kebaikan untuk dikongsi





FACEBOOK ADS: SPLIT TEST


Split test digunakan untuk menguji versi iklan yang berbeza untuk mencari set iklan yang terbaik untuk memperbaiki mutu kempen pemasaran di masa depan. Sebagai contoh anda boleh memaparkan satu iklan yang sama kepada dua kumpulan audiens yang berbeza, dan membuat perbandingan iklan mana yang mempunyai prestasi yang lebih baik atau menguji dua cara penghantaran untuk melihat kaedah mana yang memberikan hasil yang lebih baik.

Split test boleh dijalankan dengan menggunakan fungsi split test yang terdapat di Facebook Manager. Artikel ini akan berkongsi perkara asas yang perlu difahami berkaitan split test termasuk pemboleh ubah, bajet dan penjadualan.

Split test memilih audiens secara rambang, tiada pertindihan kumpulan.

Sifat rawak ini penting untuk mematikan ujian dibuat secara adil kerana faktor lain tidak akan mempengaruhi keputusan perbandingan kumpulan. Ia digunakan untuk memastikan setiap set iklan mempunyai yang sama untuk mencapai prestasi yang optimum. Setiap set iklan yang diuji akan mempunyai ciri yang sama, yang berbeza hanya pemboleh ubah. Facebook akan menyalin semula semua kandungan set iklan dan hanya akan membuat perubahan pada satu pemboleh ubah yang ditentukan oleh pengiklan sendiri.

Untuk mendapatkan keputusan yang tepat Facebook hanya membenarkan anda menguji satu pemboleh ubah pada setiap kali ujian dijalankan. Sebagai contoh jika anda ingin menguji dua set audiens, anda tidak dibenarkan menguji dua delivery optimization pada masa yang sama; anda tidak akan dapat membezakan pemboleh ubah mana yang mempunyai kesan kepada iklan anda.

Split test dijalankan ke atas manusia bukan cookies dan ujian dijalankan ke atas pelbagai peralatan. Kos untuk setiap keputusan bagi setiap set iklan dan dikira dan dibandingkan. Set iklan yang mempunyai kos terendah untuk setiap keputusan seperti kos untuk setiap pembelian atas talian akan dianggap sebagai pemenang. Setelah ujian tamat, keputusan ujian akan dimaklumkan dengan menggunakan email. Keputusan yang diperoelhi boleh digunakan untuk memperbaiki kandungan iklan pada masa akan datang.


Objektif Split Test

Split test digunakan untuk meningkatkan trafik, meningkatkan jumlah pengguna aplikasi, menghasilkan bakal pembeli, menukarkan kecenderungan pembeli dari satu jenama ke jenama yang lain, memaparkan video, membuat jualan dengan menggunakan katalog, meningkatkan kesedaran jenama dan meningkatkan interaksi dengan pengikut.


Pengiklan mempunyai pilihan untuk menguji pembolehubah berikut; audiens sasaran, delivery optimization, penempatan (placement) , kreatif dan set produk.


Audien sasaran

Membuat perbandingan antara dua kumpulan audiens akan memberi maklumat mengenai kumpulan orang yang berpotensi untuk berinteraksi dengan atau orang yang mungkin akan membeli produk anda. Ujian ini juga untuk mengenal pasti audiens yang perlu diberi perhatian semasa membuat iklan. 
Contoh perbandingan:
  • Wanita, berusia antara 21 – 30 tahun melawan usia 31 – 40 tahun melawan usia 41 -50 tahun.
  • Orang yang tinggal di Putrajaya berbanding orang yang tinggal di Seberang Jaya berbanding orang yang tinggal di Subang Jaya.
  • Orang yang pernah melawat laman perniagaan anda berbanding orang yang hanya melawat Facebook Page anda.


Delivery Optimization

Keberkesanan sesuatu iklan ditentukan oleh pilihan pengharan yang digunakan. Sebagai contoh iklan anda mungkin akan lebih berkesan jika anda menggunakan pautan untuk membawa pengguna ke laman  anda.

Contoh web perniagaan anda. Uji beberapa pilihan untuk mencari kaedah terbaik untuk mencapai objektif ujian:
  • Optimize for conversions versus optimize for link clicks
  • Optimize for landing page views versus optimize for link clicks versus optimize for impressions
  • Optimize for conversions with a conversion window of 1 day versus optimize for conversions for a conversion window of 7 days



Menguji pelbagai placement

Anda boleh menguji perbezaan di antara beberapa jenis placement seperti:
  • Automatic placements versus customized placements
  • Mobile placements versus desktop placements







Menguji set produk

Menguji iklan dengan set produk yang berbeza akan membantu anda membandingkan sama ada kaedah mana yang lebih berkesan; pengiklan dengan katalog Facebook atau katalog bercetak. Perbandingan dibuat dengan mengiklankan produk yang sama dengan produk yang diiklankan menggunakan katalog bercetak di dalam Facebook.

Anda juga boleh membandingkan set produk yang mempunyai julat harga yang berbeza contoh barang berharga kurang dari RM50 berbanding produk berharga lebih RM50, untuk melihat produk mana yang lebih sesuai untuk dijual dengan menggunakan Facebook.


Menetapkan bajet dan membuat penjadualan

Anda perlu menetapkan bajet yang mencukupi untuk membolehkan ujian dijalankan dengan berkesan. Anda dicadangkan supaya mengikuti cadangan bajet yang disediakan oleh pihak Facebook. Ujian perlu dijalankan selama tidak kurang dari tiga hari dan tidak melebihi 14 hari.

WHATSAPP BUSINESS: BROADCAST LIST


Dengan menggunakan fungsi broadcast list anda boleh menghantar mesej kepada beberapa kenalan dalam satu masa. Broadcast list ialah sebuah senarai yang terdiri daripada beberapa penerima (maksimum 256) yang boleh digunakan untuk menghantar mesej kepada mereka dengan secara berulang dengan tanpa perlu memilih nama mereka pada setiap kali mesej hendak dihantar. 

Broadcast list hanya akan menghantar mesej kepada penerima yang menyimpan nombor telefon anda di telefon mereka. Mesej yang dihantar akan terpapar sebagai mesej biasa. Apabila mereka membalas mesej hanya penghantar mesej asal sahaja akan menerima mesej tersebut.

Mencipta Broadcast list
  1. Buka aplikasi WhatsApp.
  2. Tap New Broadcast list pada bahagian atas Chat screen.
  3. Pilih nama contact.
  4. Tap tanda , dibahagian bawah broadcast list.
  5. Anda boleh menukar nama broadcast list jika perlu.



WHATSAPP BUSINESS: CARA SETTING WHATSAPP BUSINESS


Langkah  1: Muat turun dan install aplikasi WhatsApp Business dari Google Play

Pada masa ini WhatsApp Business hanya boleh digunakan pada telefon pintar dengan sistem operasi android sahaja.



Langkah 2: Masukkan butiran yang diperlukan.

No telefon: WhatsApp Business boleh didaftarkan sama ada dengan menggunakan nombor telefon bimbit atau nombor talian tetap. Sistem akan membuat pengesahan melalui OTP (SMS) jika menggunakan no telefon mudah alih atau sistem akan membuat panggilan ke nombor talian tetap yang anda masukkan. Masukkan no pin yang diberikan.

Nama perniagaan: Nama ini akan dipaparkan kepada pengguna WhatsApp yang lain.
Nota: Untuk vefikasi akaun, WhatsApp akan mengukur beberapa parameter antaranya jenama yang digunakan. Untuk pengesahan akaun, WhatsApp akan memastikan nombor yang di daftar adalah nombor yang sah.



Langkah 3: Bina Profil

Butiran perniagaan: Bina kepercayaan pelanggan dengan memasukkan butiran perniagaan yang betul. Masukkan butiran perniagaan, kategori, waktu operasi, laman web dan banyak lagi untuk mendapatkan jualan.

Mesej peribadi: Buat pelanggan merasakan anda berada dekat dengan mereka. Cipta mesej yang boleh menyebabkan pelanggan berasa dihargai.

Langkah 4: Ha dah siap pun..

WHATSAPP BUSINESS: CARA MEMBUAT WHATSAPP LINK


Terdapat tiga cara untuk membuat link WhatsApp yang boleh dikongsi sebagai mesej seperti WhatsApp, post facebook atau pautan di Internet.

Cara 1 : Nombor Telefon Sahaja
contoh : www.wasap.my/60189722787
Hanya perlu tukar kepada nombor telefon sendiri.
Pastikan ada no 6 pada bahagian depan sekali.



Cara 2 : Nombor Telefon dan Message
contoh : www.wasap.my/60189722787/Salam+Hi
Tukar kepada nombor telefon sendiri.
Masukkan message yang di inginkan
untuk buat jarak (space), gunakan simbol + ataupun simbol %20
Untuk guna cara 2 ini, perlu update aplikasi whatsapp terlebih dahulu ye



Cara 3 : Personalised URL
contoh : http://eusahawanilpkl.wasap.my
Klik Wasap My dan daftar
Selepas daftar dan sahkan link yang diberikan
Add link dan create link baru sama ada untuk letak nama dan sebagainya. Kemudian link tersebut boleh digunakan



WHATSAPP BUSINESS: PENGENALAN



WhatsApp ialah aplikasi penghantaran mesej segera yang boleh digunakan untuk bertukar - tukar mesej antara pengguna. Aplikasi beroperasi dengan cara yang sama seperti program penghantaran mesej dengan menggunakan komputer (chat) yang telah lama wujud di Internet, yang berbeza hanyalah sistem boleh beroperasi dengan menggunakan komputer dan telefon pintar.

Perkhidmatan WhatsApp adalah sama dengan SMS, apa yang berbeza ialah WhatsApp membenarkan pengguna menghantar dan menerima mesej berbentuk teks, imej dan video dengan tanpa had dan percuma. Manakala setiap SMS yang dihantar oleh pengguna akan dikenakan bayaran oleh penyedia perkhidmatan talian telefon berkenaan. Untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan pegguna WhatsApp perlu mempunyai akses kepada talian Internet sama ada talian berbayar atau percuma.

Berikut adalah cara bagaimana WhatsApp boleh digunakan sebagai alat pemasaran digital:

Menghantar dan menerima mesej
WhatsApp oleh dianggap sebagai alat pemasaran digital yang paling berkesan dan cepat untuk menyampaikan maklumat kepada golongan sasaran terus. WhatsApp boleh digunakan oleh pemasar untuk menjalankan promosi melalui kaedah visual, nota suara dan video. Kandungan mesej di dalam WhatsApp juga boleh diubahsuai mengikut kumpulan sasaran untuk menimbulkan sentuhan individu.

Gambar profil
Logo syarikat atau produk boleh dijadikan sebagai gambar profil WhatsApp untuk mempromosikan jenama atau produk. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik gambar profil yang dipilih mestilah mampu menarik minat audiens untuk berinteraksi dengan jenama anda.

Status profil
Status profil WhatsApp hendaklah digunakan secara kreatif; tulis mesej ringkas untuk menarik perhatian dan meningkatkan perasaan ingin tahu di kalangan audiens anda.  



Sasaran berkumpulan
Gerup WhatsApp adalah merupakan cara terbaik untuk membentuk segmentasi dengan menggunakan aplikasi WhatsApp. Gerup WhatsApp boleh digunakan untuk mengumpulkan orang yang mempunyai minat yang sama dan memulakan perbincangan. Melalui kaedah ini anda boleh mengumpul maklumat untuk mengenali keperluan dan kehendak segmen yang telah dikenal pasti. Kaedah ini juga mudah untuk memviralkan sesuatu mesej kerana ahli kumpulan akan cenderung untuk berkongsi maklumat yang mereka gemari dengan rakan – rakan mereka yang lain.

Kempen pemasaran
Anda boleh menggalakkan pembeli untuk menghantar gambar mereka bersama produk anda atau bergambar di hadapan papan iklan perniagaan anda dan sebagainya, sebagai balasan mereka akan menerima kupon diskaun. Kedah ini berkesan untuk menambah dan meningkatkan pelanggan.

Komunikasi dalaman
Pada hari ini hampir semua orang mempunyai telefon pintar. Email, Facebook, WhatsApp, Instragram adalah antara alat perhubungan yang sering digunakan pada hari ini. Menurut Statista pada bulan Disember 2017 seramai 1.6 bilion penduduk dunia menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi. WhatsApp telah mengubah cara manusia berkomunikasi, dengan adanya WhatsApp maklumat kini boleh tersebar dengan cepat dan pantas.



Promosi acara

Selain dari berhubung whatsApp juga boleh digunakan untuk mempromosikan sesuatu acara. WhatsApp boleh digunakan untuk berkongsi butiran acara, gambar dan video.

Membuat perhubungan dengan pelanggan
Majoriti pelanggan pada hari ini lebih selesa untuk berhubung dengan peniaga atau penjual dengan menggunakan teks berbanding bercakap di telefon. Dengan menggunakan WhatsApp penjual dapat membina perhubungan yang lebih baik dengan pembeli atau pelanggan.

Bantuan pelanggan
WhatsApp juga boleh digunakan sebagai talian bantuan pelanggan dengan menggunakan WhatsApp pelanggan boleh menghantar mesej dan tidak rasa terganggu akibat terpaksa menunggu dengan lama di talian sebelum dapat bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan. Walaubagaimanapun kaedah hanya sesuai untuk jumlah pelanggan yang kecil sahaja.

Khidmat penghantaran
WhatsApp juga boleh digunakan sebagai platform untuk pengguna membuat tempahan barangan atau perkhidmatan secara atas talian.

Laporan berita
Beberapa akhbar di Brazil telah menjadikan WhatsApp sebagai sluran untuk menyampaikan berita kepada pembaca. Mereka berkongsi imej, audio dan video seperti mana yang diterbitkan di akhbar, TV dan Internet.






FB ADS: CALL TO ACTION


Butang Call To Action (CTA) boleh digunakan untuk berbagai fungsi bergantung pada objektif yang ditetapkan, Berikut adalah butang Call To Action yang biasa digunakan:


Book Now
Pilihan ini digunakan oleh perniagaan berasaskan perkhidmatan untuk membantu pengguna membuat tempahan dengan cepat dan mudah.

Contact Us
Butang ini digunakan untuk berkongsi maklumat berkaitan maklumat perhubungan perniagaan atau maklumat jenama. Hubungkan butang ini dengan laman Hubungi Kami.

Use App
Butang ini digunakan untuk mengalakkan pengguna memuat turun aplikasi mobile.

Play Game
Butang ini digunakan untuk membenarkan pengguna bermain dengan permainan atas talian atau mencuba demo.

Shop Now
Butang ini digunakan untuk membawa pengguna kepada laman ecommerce.


Sign Up
Butang ini digunakan untuk membina pangkalan seperti nama, alamat email dan no telefon.

Watch Video
Gunakan butang ini untuk menayangkan video kepada penggunjung. Video ini boleh dipasang di laman web anda sendiri, Facebook, Youtube atau aplikasi atas talian yang lain.



FB ADS: MENGEKALKAN AUDIENS


Post yang mengandungi kandungan bermaklumat adalah penting untuk mengekalkan kesetiaan audiens. Sekalipun seseorang telah menjadi pengikut di Facebook Page anda mereka boleh unfollow Facebook Pages anda dan menyebabkan post yang anda siarkan tidak terpapar di news feed mereka.

Berikut adalah beberapa tip untuk mengekalkan pengikut di Facebook Page:

·       Tajuk post mestilah ringkas dan ada kaitan dengan kandungan
Jika ingin menarik trafik ke blog dengan menggunakan link kepada artikel yang terdapat di dalam blog berkenaan, but tajuk yang boleh menarik perhatian kepada artikel berkenaan. Contoh saya ingin berkongsi cara menjalankan promosi dengan menggunakan pemasaran digital, tajuk yang saya pilih ialah “25 alat yang disediakan oleh Google untuk pemilik perniagaan yang tidak anda ketahui”. Tujuan tajuk ini adalah untuk menarik lebih banyak Like, Comment dan Share.

·       Pelbagaikan jenis Post
Pengikut akan berasa bosan jika post dalam bentuk yang sama disiarkan secara berulang. Bentuk post yang boleh digunakan ialah
1.    Post berbentuk pautan.
2.    Post berbentuk soalan.
3.    Post bergambar.
4.    Post yang disertai dengan video.


Bina jenama yang kuat jangan sekadar bergantung kepada trend
Jenama yang boleh dipercayai adalah penting untuk kelangsungan sesebuah perniagaan, dengan jenama yang kukuh kepercayaan dan kesetiaan pelanggan dapat dikekalkan. Perniagaan juga boleh mengambil peluang daripada trend semasa, walaupun ia mungkin boleh menjana pendapatan yang lumayan, ia tidak akan bertahan lama. Untuk terus kekal dalam perniagaan post yang dibuat di Facebook Page hendaklah menumpukan kepada pembangunan jenama dengan tidak melupakan peluang yang wujud dari perubahan trend semasa.

Berkomunikasi dengan pengikut mengikut cara yang mereka gemari
Post hendaklah ditulis dengan menggunakan lenggok bahasa yang sesuai dengan pembaca atau pengikut. Guna terminologi, slang, emoticons dan gambar yang sesuai dengan kumpulan sasar.

Sentiasa periksa Facebook analytics
Facebook analytics akan membekalkan maklumat penting mengenai Facebook Page anda. Facebook analytics akan membekalkan maklumat berikut:
  • Bilangan orang yang bertindak balas terhadap post anda.
  • Bilangan Like, Comment and Share untuk sesuatu post.
  • Dari negara mana Like berasal.
  • Kumpulan umur orang yang Like sesuatu post.









Jika anda mendapati bilangan interaksi terhadap sesuatu post telah berkurangan anda perlu mencuba kaedah post yang lain.

FB ADS: CARA MEMASANG FB PLUG IN UNTUK LAMAN WEB

Berikut adalah cara memasang Fb Pug in ke dalam laman web:


  1. Layari laman web Social Plug In.
  2. Pilih jenis Plug in yang diperlukan.
         Ikut arahan yang dipaparkan di Skrin.


         Hasilnya:





FB ADS: MENCIPTA PENGIKUT


Facebook mempunyai 1.55 billion pengguna aktif setiap bulan, perniagaan perlu mengambil peluang ini untuk membina pengikut dan menetapkan kumpulan sasaran yang tepat. Pengikut yang ramai penting kerana:
  • Menimbulkan persepsi bahawa Facebook Pages anda boleh dipercayai;
  • Menunjukkan kepopularan;
  • Semakin ramai pengikut; semakin banyak trafik akan diperolehi; dan
  • Ia akan membantu strategi SEO.
Setelah mencipta page, gunakan jaringan peribadi dan jemput seberapa ramai orang dari Facebook peribadi untuk “Like” Facebook Page anda dan minta mereka berkongsi dengan kawan – kawan mereka.


Tambah Facebook Like Box Plugin pada laman web
Facebook Like Box Plugin membantu perniagaan dengan cara:
  • Menghubungkan laman web dengan Facebook Page rasmi perniagaan. Ini adalah satu faktor SEO dan membantu mendapatkan rangking yang baik di dalam Facebook;
  • Membantu meningkatkan kepercayaan orang dengan laman web; dan
  • Membantu menambah bilangan pengikut secara organik.


Kongsi kandungan yang berkaitan dan bermanfaat
Semakin tinggi nilai kandungan kepada kumpulan sasar semakin tinggi peluang untuk mendapat Like dan Share

Bina blog atau newsletter
Blog atau newsletter adalah cara terbaik untuk orang yang mengikuti anda berkongsi Facebook Page anda dengan rakan mereka yang mempunyai minat yang sama. Ia juga adalah cara terbaik untuk menarik trafik ke laman web anda.

Jadi diri sendiri
Terdapat banyak Facebook Page dengan pelbagai kandungan. Menurut kajian lima buah Facebook Profil dan Pages dibina pada setiap saat. Cipta kandungan yang boleh menarik perhatian orang lain. Sentiasa kemas kini dan cuba untuk berada di kedudukan teratas di dalam industri anda. Beritahu kewujudan Facebook Page anda kepada orang lain.

FB ADS: MENGENAL SASARAN


Mengenal pasti sasaran adalah penting untuk memastikan maklumat yang kongsi sampai kepada orang yang berminat dengan produk atau perkhidmatan orang yang anda tawarkan. Fb membenarkan kita memilih kepada siapa iklan akan di paparkan berdasarkan faktor geografi seperti  lokasi dan demografi seperti jantina, umur dan minat. Proses penentuan sasaran ini dikenali sebagai segmentasi. Anda juga boleh menentukan sasaran anda berdasarkan kepada aktiviti yang dibuat dengan menggunakan Internet yang tidak mempunyai kaitan dengan Facebook.
Pengiklan mempunyai kuasa penuh untuk menentukan kumpulan segmen pelanggan yang akan dapat melihat iklan yang disiarkan di dalam Facebook. Bergantung kepada strategi pemasaran yang digunakan anda boleh menetapkan satu atau lebih pilihan sasaran.

Memilih audiens yang tepat
Pemilihan audiens yang betul adalah amat penting di dalam proses segmentasi. Sebelum menentukan kumpulan sasaran tanya diri anda soalan berikut:
·         Apa peranti yang digunakan oleh pelanggan untuk melihat maklumat yang akan anda paparkan? Komputer deskstop, telefon pintar, tablet atau gabungan keduanya.
·         Berapa siri kempen yang akan di jalankan? Adakah mesej yang dihantar akan ditujukan kepada segmen pembeli tertentu sahaja?
·         Bagaimana saya boleh meningkatkan nilai iklan saya?

Sasaran boleh dipilih berdasarkan kepada:
  •      Lokasi;
  •          Minat;
  •         Kelakuan;
  •          Kategori; dan
  •          Perhubungan (orang yang telah mengikuti Facebook Page anda).

Penetapan sasaran yang tepat dan jelas akan membantu kejayaan kempen yang dijalankan. Penetapan sasaran akan turut menjadikan kos pengiklanan kos efektif. Jika anda tidak menetapkan kumpulan sasaran, kos untuk mendapatkan seorang bakal pembeli adalah lebih tinggi. Sebagai contoh, tanpa menetapkan kumpulan sasar jika iklan anda dihantar kepada 100 orang, mungkin hanya 10 orang berminat untuk melihat iklan tersebut, ada lebih baik jika anda dapat menapis 90 orang yang tidak berminat itu lebih awal supaya kos pengiklanan dapat dikurangkan.

Anda boleh menetapkan sasaran iklan di Fb Ads


FB ADS: KEKERAPAN POST


Tiada satu peraturan tertentu berkaitan kekerapan post yang perlu dilakukan. Kekerapan membuat pos akan menyebabkan pengguna menyedari kehadiran perniagaan anda, walau bagaimanapun kekerapan post yang terlalu tinggi akan menyebabkan pengikut anda rasa terganggu dan menyebabkan mereka berhenti dari mengikuti Facebook Page anda.

Algorithm Facebook telah direka hanya untuk menyiarkan kandungan yang baru dan unik sahaja di news feed. Jika anda menghantar post yang berulang, pengikut akan berasa terganggu. Soalan yang perlu ditanya ialah:
  • Bagaimana untuk mendapatkan lebih ramai pengikut?
  • Apa bentuk maklumat yang perlu dikongsi?
  • Bila saya perlu berkongsi maklumat?
  • Berapa kerap saya perlu berkongsi maklumat?


Untuk permulaan hantar 8 -12 post seminggu teruskan sehingga anda dapat kekerapan yang sesuai. Selepas satu ketika anda akan dapati bilangan Like, Comment dan Share akan berkurangan apabila anda menghantar terlalu banyak post.


FB ADS: POST BERKUALITI


Post berkualiti penting untuk mengekalkan minat pengikut mengikuti sesuatu Facebook Page. Terdapat pelbagai cara untuk menarik minat pengikut untuk terus mengikuti sesuatu Facebook Page. Berikut adalah panduan kasar bentuk post yang perlu ada di dalam pemasaran media sosial:
  • 40% post akan membawa pengguna ke laman web perniagaan.
  • 30% post merupakan perkongsian dari sumber lain seperti gambar dan video.
  • 25% post akan memberi maklumat berkaitan perniagaan anda.
  • 5% post akan berkongsi mengenai budaya syarikat.


Post yang diterbitkan di Facebook Page perniagaan perlu mempunyai kriteria berikut:
  • Mempromosikan perniagaan, menarik pembaca ke laman web dan menjana keuntungan.
  • Berkongsi maklumat yang berguna kepada pembaca; dan
  • Menggalakkan interaksi personal yang akan membina hubungan dengan perniagaan dan   mencerminkan budaya perniagaan.

Ciri – ciri post yang berkualiti:
  • Mempunyai pautan yang akan membawa pembaca ke laman web atau blog perniagaan
  • Pautan laman sama ada berbentuk web atau blog boleh diletakkan di dua tempat iaitu sama ada di Profil Facebook Page atau di dalam post.





Post petikan yang menarik, imej dan video
Petikan kata – kata bijak pandai, imej dan video akan menarik perhatian pembaca dan menyebabkan jenama anda terpapar di news feed pengguna. Post yang dihantar perlu ringkas dan mudah untuk difahami, biasanya di antara 50 – 100 perkataan.


Siarkan post yang menggalakkan perbualan
Post berbentuk soalan atau cerita akan menyebabkan terjadinya perbualan di antara anda dan pembaca, keadaan ini akan mewujudkan sesi dialog yang unik dan menghiburkan.

Siarkan maklumat yang bersifat eksklusif
Tawarkan pengikut Facebook Pages anda dengan tawaran yang bersifat eksklusif; tawaran yang tidak boleh di dapati di tempat lain. Sebagai contoh jika anda mempunyai laman web ecommerce, anda boleh menawarkan kupon berbentuk diskaun apabila pengikut anda membuat pembelian secara atas talian. Keadaan ini akan membantu menambah jumlah pengikut apabila maklumat dikongsi dengan rakan dan keluarga.

FB ADS: MEMBINA JENAMA


Cara berinteraksi di domain awam seperti cara menjawab soalan, bentuk iklan yang disiarkan, testimoni dan maklum balas pelanggan akan membentuk persepsi orang mengenai sesuatu perniagaan. Manusia akan cenderung untuk membuat tanggapan berdasarkan kepada apa yang dapat dilihat oleh mata kasar. Cara kita berkomunikasi di media sosial boleh mempengaruhi tanggapan orang kepada perniagaan dan diri pemilik perniagaan tersebut. Post yang dikongsi, gambar yang dimuat naik dan kandungan post yang ditulis akan mempengaruhi pandangan orang terhadap seseorang atau perniagaan. Post yang disiarkan di dalam sesebuah Facebook Page organisasi atau perniagaan mestilah bersesuaian dengan objektif yang ingin dicapai oleh organisasi atau perniagaan tersebut.

Serlahkan jenama perniagaan anda, untuk menyerlahkan sesuatu jenama anda perlu menetapkan cara berkomunikasi secara atas talian yang baik. Cara komunikasi ini mesti konsisten pada setiap masa di semua platform media sosial yang digunakan. Perkara terpenting dalam pembentukan persepsi ialah berlaku jujur dan jadilah diri anda sendiri.

Lakukan SWOT analisis, senaraikan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman, gunakan data yang diperolehi untuk membentuk pelan komunikasi anda.  Melalui cara ini anda mempunyai rujukan yang jelas mengenai tindakan yang perlu diambil untuk mengekalkan persepsi yang baik terhadap perniagaan anda.

Cipta URL Facebook Page yang unik dan mudah diingati
URL Facebook ialah alamat domain yang anda kongsi untuk membolehkan orang menemui Facebook Page anda. Sebagai contoh www.facebook.com/eusahawanilpkl akan membawa anda ke Facebook Page Coach VB437.

Isikan maklumat berkaitan perniagaan anda
Facebook page menyediakan ruang untuk membolehkan anda mengisi maklumat berkaitan operasi pernaigaan anda seperti lokasi perniagaan, jenis produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, no telefon, alamat perniagaan dan alamat laman web. Maklumat ini akan membantu memudahkan pengguna mencari perniagaan anda serta menambahkan keyakinan mereka terhadap kewujudan pernaigaan anda.

Bina jaringan dan tingkatan hubungan dengan pelanggan
Jaringan boleh dibina dengan mengambil bahagian di dalam perbualan yang bermanfaat seperti berkongsi kepakaran dengan orang lain. Bilangan pengikut yang ramai akan membantu mempromosikan perniagaan anda dengan secara mudah dan percuma.



Cipta dan kongsi post
Bina persepsi yang positif dengan berkongsi maklumat yang berkaitan dengan perniagaan anda, tonjolkan kepakaran anda dan bekalkan maklumat mengenai cara produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan boleh membantu menyelesaikan masalah serta meningkatkan taraf hidup pembaca. Kongsi gambar yang ada kaitan dengan perniagaan anda yang boleh meningkatkan imej perniagaan anda. Jangan sesekali berkongsi post yang bersifat negatif yang menceritakan keburukan atau kelemahan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

FB ADS: PAGE PROMOTION


Untuk mempromosikan sesebuah Facebook Page anda perlu menetapkan strategi yang jelas mengenai cara untuk mencapai objektif pengiklanan anda. Langkah berikut perlu dilakukan untuk mencapai objektif sesuatu pengiklanan dengan menggunakan kaedah pemasaran media sosial:
  • Tetapkan objektif pengiklanan yang jelas.
  • Jika ada telah mempunyai Facebook Page, jalankan aduit untuk mengetahui apa yang berkesan dan apa yang tidak berkesan.
  • Lakukan analisis SWOT.
  • Rancang bentuk kandungan yang akan dikongsi di dalam Facebook Page anda.

Terdapat dua cara untuk memperkenalkan Facebook Page anda iaitu dengan mempromosikan Facebook Page itu sendiri atau melakukan boost post. Untuk melakukan boost post anda hanya perlu menekan butang “Boost Post” yang terdapat pada post yang telah anda siarkan di Facebook Page anda. Anda juga boleh membuat jadual penghantaran post untuk menetapkan masa dan tarikh sesuatu post disiarkan.



FB ADS: JENIS KEMPEN PEMASARAN


Facebook mempunyai beberapa pilihan bentuk iklan yang boleh disiarkan menggunakan Facebook Pages. Pemilihan iklan perlu disesuaikan dengan bentuk kempen pemasaran yang dijalankan dan jenis audiens yang menjadi sasaran promosi. Soalan terpenting yang perlu ditanya ebelum memulakan iklan di Facebook ialah apakah objek pengiklanan ada?. Objektif pengiklanan yang boleh dipilih terdiri daripada;
  • Menarik trafik ke laman perniagaan;
  • Meningkatkan jumlah “Like” dan “Engagement” dengan Facebook Page anda;
  • Mempromosikan pemasangan aplikasi mobile dan deskstop; atau
  • Menarik pengunjung ke premis perniagaan, platform ecommerce atau acara.


  • Bawa orang ke laman web
Kaedah ini dilakukan dengan cara menjadikan laman web sebagai destinasi apabila sesebuah pautan diklik.  Bentuk iklan yang digunakan adalah ringkas, iklan jenis ini hanya memaparkan tajuk, keterangan ringkas dan pautan ke laman yang hendak di paparkan.

Pilihan ini adalah kaedah terbaik jika anda ingin membawa seseorang ke laman web perniagaan, kedai atas talian, laman perhubungan atau lain – lain laman yang anda mahu pengguna lawati.

  • Meningkatkan conversion di laman web
Pengiklan yang memilih untuk menjalankan iklan berbentuk conversion pada laman web mereka akan menerima satu kod ringkas dari Facebook. Kod ini perlu diletakkan di dalam laman web yang disasarkan.

Sebagai contoh jika anda ingin lebih ramai orang melanggan news letter dari syarikat anda, kod tersebut perlu diletakkan pada laman web yang mengumpul maklmat berkaitan newsletter.

  • Meningkatkan Like dan engagement untuk Facebook Page
Boost post ialah iklan yang dibentuk dengan mengunakan post yang telah ditulis di dalam Facebook Page anda. Kaedah ini digunakan untuk menambah bilangan audien yang melihat sesuatu post. Objektif iklan ini ialah untuk meningkatkan bilangan Like, Comment dan Share sesuatu post.

  • Memperkenalkan sesebuah Facebook Page
Pakej pengiklanan ini membenarkan pengiklan untuk mengubahsuai dan mengoptimumkan kempen untuk disesuaikan dengan kumpulan sasaran. Objektif utama kempen ini ialah untuk mendapatkan pengguna yang akan “Like” dan “Follow” Facebook Page anda. Apabila pengguna “Like” sesebuah Facebook Page, post yang disiarkan di Facebook Page akan dtersiar di newsfeed pengguna tersebut secara organik. Plihan ini digunakan untuk meningkatkan jumlah pengikut di sesebuah Facebook Page.

  • Menggalakkan pengguna memasang sesuatu aplikasi
Pilihan ini khusus untuk pengguna telefon pintar dan tablet. Iklan ini mengandungi sebuah pautan yang menghantar pengguna terus ke app store dimana mereka boleh memasang app. Pilihan ini digunakan apabila anda ingin menukarkan pengguna Facebook kepada pengguna aplikasi mudah alih. Iklan jenis ini boleh menyasarkan jenis sistem operasi yang digunakan di dalam telefon atau tablet.

  • Tingkatkan Engagement dengan aplikasi
Iklan ini akan membawa pengguna yang klik iklan kepada kawasan tertentu pada aplikasi yang anda mahu pengguna lawati.

  • Tingkatkan kehadiran ke sesuatu acara
Iklan jenis ini digunakan untuk menyasarkan iklan kepada penduduk yang berada di kawasan yang berhampiran dengan lokasi perniagaan anda. Anda perlu menetapkan radius dan golongan sasar yang ingin dijemput untuk menghadiri sesuatu acara yang hendak dijalankan. Pilihan ini sesuai untuk kedai fizikal untuk meningkatkan jumlah pelanggan ke kedai mereka.

  • Bawa pelawat untuk mendapatkan tawaran yang disediakan
“Get people to claim your offer campaign” dikuhsuskan untuk membawa pengguna mendapatkan tawaran sama ada berbentuk kupon atau diskaun. Iklan ini juga membenarkan anda menetapkan had bilangan orang yang boleh mendapatkan kupon diskaun yang ditawarkan.


  • Hubungi orang berhampiran dengan perniagaan anda
Iklan ini membenarkan pengiklan menyasarkan orang yang berada di dalam kawasan tertentu. Anda perlu menetapkan radius dan golongan sasar yang ingin dijemput untuk menghadiri sesuatu acara yang hendak dijalankan. Pilihan ini sesuai untuk kedai fizikal untuk meningkatkan jumlah pelanggan ke kedai mereka.



FB ADS: PENGENALAN


Pemasaran digital dengan menggunakan Facebook adalah strategi pemasaran yang penting untuk membina hubungan dan meningkatkan pengikut di media sosial. Facebook merupakan platform media sosial yang paling popular di dunia. Facebook turun menyediakan fungsi analisis yang dikenali sebagai Insight yang digunakan untuk mengkaji minat pengguna, bilangan Like, bilangan Dislike, gaya hidup dan tabiat membeli pengguna. Pangkalan data ini penting untuk merancang strategi penjenamaan dan pemasaran produk untuk menghasilkan lead, pertanyaan pembelian dan trafik ke laman web.

Facebook pages membantu perniagaan, jenama dan organisasi  berkongsi maklumat dan berhubungan dengan pengguna. Pengguna akan “Like” Facebook Page yang bersesuaian dengan minat mereka. Dengan hanya menekan butang “Like” pada Facebook Page, pengikut sesebuah Facebook Page akan mendapat kemas kini berkaitan aktiviti yang berlaku di  Facebook Page berkenaan. Terdapat beberapa jenis Facebook Page yang boleh dibina ia terdiri daripada:
  • Perniagaan tempatan atau tempat;
  • Syarikat, organisasi atau institusi;
  • Jenama atau produk;
  • Artis, kumpulan muzik atau tokoh;
  • Hiburan; atau
  • Komuniti.dan kerja amal.





Facebook boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada golongan sasaran yang berbeza. Penjenamaan produk atau perkhidmatan boleh dilakukan dengan membuat posting berbentuk maklumat, gambar, video dan cerita. Penjenamaan boleh berlaku dengan cara;
  • Membawa pengguna ke blog perniagaan anda;
  • Menarik lebih banyak trafik ke laman web;
  • Mendidik dan meningkatkan kesedaran berkaitan produk atau perkhidmatan anda; dan
  • Mempromosikan budaya organisasi anda.


Pemasaran Facebook bersifat fleksibel ia boleh disesuaikan untuk membentuk kempen yang realistik dan bersesuaian dengan jenama anda. Keberkesanan iklan dapat diukur dengan menggunakan Facebook analytics. Facebook analytics  ialah alat pengukuran pengiklanan Facebook ini yang boleh digunakan untuk menguji, mengukur dan mengemas kini strategi pengiklanan yang sedang digunakan.




Well3 Tongkat Ali Capsule

Well3 Tongkat Ali Capsule RM 104.00 Kapsul Tongkat Ali diperbuat daripada akar Tongkat Ali yang berkualiti tinggi, diperolehi darip...