Jumlah Paparan Halaman

Facebook like

Jom Like dan Share Fb Coach VB437

Powered By Blogger

Dr Auto ILPKL

Dr Auto ILPKL
Pulzar Oil at Dr Auto ILPKL

O2O Member

020 Member

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)
CNI Business Owner (Klik Logo)
Memaparkan catatan dengan label FACEBOOK ADS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FACEBOOK ADS. Papar semua catatan

FACEBOOK ADS: SPLIT TEST


Split test digunakan untuk menguji versi iklan yang berbeza untuk mencari set iklan yang terbaik untuk memperbaiki mutu kempen pemasaran di masa depan. Sebagai contoh anda boleh memaparkan satu iklan yang sama kepada dua kumpulan audiens yang berbeza, dan membuat perbandingan iklan mana yang mempunyai prestasi yang lebih baik atau menguji dua cara penghantaran untuk melihat kaedah mana yang memberikan hasil yang lebih baik.

Split test boleh dijalankan dengan menggunakan fungsi split test yang terdapat di Facebook Manager. Artikel ini akan berkongsi perkara asas yang perlu difahami berkaitan split test termasuk pemboleh ubah, bajet dan penjadualan.

Split test memilih audiens secara rambang, tiada pertindihan kumpulan.

Sifat rawak ini penting untuk mematikan ujian dibuat secara adil kerana faktor lain tidak akan mempengaruhi keputusan perbandingan kumpulan. Ia digunakan untuk memastikan setiap set iklan mempunyai yang sama untuk mencapai prestasi yang optimum. Setiap set iklan yang diuji akan mempunyai ciri yang sama, yang berbeza hanya pemboleh ubah. Facebook akan menyalin semula semua kandungan set iklan dan hanya akan membuat perubahan pada satu pemboleh ubah yang ditentukan oleh pengiklan sendiri.

Untuk mendapatkan keputusan yang tepat Facebook hanya membenarkan anda menguji satu pemboleh ubah pada setiap kali ujian dijalankan. Sebagai contoh jika anda ingin menguji dua set audiens, anda tidak dibenarkan menguji dua delivery optimization pada masa yang sama; anda tidak akan dapat membezakan pemboleh ubah mana yang mempunyai kesan kepada iklan anda.

Split test dijalankan ke atas manusia bukan cookies dan ujian dijalankan ke atas pelbagai peralatan. Kos untuk setiap keputusan bagi setiap set iklan dan dikira dan dibandingkan. Set iklan yang mempunyai kos terendah untuk setiap keputusan seperti kos untuk setiap pembelian atas talian akan dianggap sebagai pemenang. Setelah ujian tamat, keputusan ujian akan dimaklumkan dengan menggunakan email. Keputusan yang diperoelhi boleh digunakan untuk memperbaiki kandungan iklan pada masa akan datang.


Objektif Split Test

Split test digunakan untuk meningkatkan trafik, meningkatkan jumlah pengguna aplikasi, menghasilkan bakal pembeli, menukarkan kecenderungan pembeli dari satu jenama ke jenama yang lain, memaparkan video, membuat jualan dengan menggunakan katalog, meningkatkan kesedaran jenama dan meningkatkan interaksi dengan pengikut.


Pengiklan mempunyai pilihan untuk menguji pembolehubah berikut; audiens sasaran, delivery optimization, penempatan (placement) , kreatif dan set produk.


Audien sasaran

Membuat perbandingan antara dua kumpulan audiens akan memberi maklumat mengenai kumpulan orang yang berpotensi untuk berinteraksi dengan atau orang yang mungkin akan membeli produk anda. Ujian ini juga untuk mengenal pasti audiens yang perlu diberi perhatian semasa membuat iklan. 
Contoh perbandingan:
  • Wanita, berusia antara 21 – 30 tahun melawan usia 31 – 40 tahun melawan usia 41 -50 tahun.
  • Orang yang tinggal di Putrajaya berbanding orang yang tinggal di Seberang Jaya berbanding orang yang tinggal di Subang Jaya.
  • Orang yang pernah melawat laman perniagaan anda berbanding orang yang hanya melawat Facebook Page anda.


Delivery Optimization

Keberkesanan sesuatu iklan ditentukan oleh pilihan pengharan yang digunakan. Sebagai contoh iklan anda mungkin akan lebih berkesan jika anda menggunakan pautan untuk membawa pengguna ke laman  anda.

Contoh web perniagaan anda. Uji beberapa pilihan untuk mencari kaedah terbaik untuk mencapai objektif ujian:
  • Optimize for conversions versus optimize for link clicks
  • Optimize for landing page views versus optimize for link clicks versus optimize for impressions
  • Optimize for conversions with a conversion window of 1 day versus optimize for conversions for a conversion window of 7 days



Menguji pelbagai placement

Anda boleh menguji perbezaan di antara beberapa jenis placement seperti:
  • Automatic placements versus customized placements
  • Mobile placements versus desktop placements







Menguji set produk

Menguji iklan dengan set produk yang berbeza akan membantu anda membandingkan sama ada kaedah mana yang lebih berkesan; pengiklan dengan katalog Facebook atau katalog bercetak. Perbandingan dibuat dengan mengiklankan produk yang sama dengan produk yang diiklankan menggunakan katalog bercetak di dalam Facebook.

Anda juga boleh membandingkan set produk yang mempunyai julat harga yang berbeza contoh barang berharga kurang dari RM50 berbanding produk berharga lebih RM50, untuk melihat produk mana yang lebih sesuai untuk dijual dengan menggunakan Facebook.


Menetapkan bajet dan membuat penjadualan

Anda perlu menetapkan bajet yang mencukupi untuk membolehkan ujian dijalankan dengan berkesan. Anda dicadangkan supaya mengikuti cadangan bajet yang disediakan oleh pihak Facebook. Ujian perlu dijalankan selama tidak kurang dari tiga hari dan tidak melebihi 14 hari.

FB ADS: KEKERAPAN POST


Tiada satu peraturan tertentu berkaitan kekerapan post yang perlu dilakukan. Kekerapan membuat pos akan menyebabkan pengguna menyedari kehadiran perniagaan anda, walau bagaimanapun kekerapan post yang terlalu tinggi akan menyebabkan pengikut anda rasa terganggu dan menyebabkan mereka berhenti dari mengikuti Facebook Page anda.

Algorithm Facebook telah direka hanya untuk menyiarkan kandungan yang baru dan unik sahaja di news feed. Jika anda menghantar post yang berulang, pengikut akan berasa terganggu. Soalan yang perlu ditanya ialah:
  • Bagaimana untuk mendapatkan lebih ramai pengikut?
  • Apa bentuk maklumat yang perlu dikongsi?
  • Bila saya perlu berkongsi maklumat?
  • Berapa kerap saya perlu berkongsi maklumat?


Untuk permulaan hantar 8 -12 post seminggu teruskan sehingga anda dapat kekerapan yang sesuai. Selepas satu ketika anda akan dapati bilangan Like, Comment dan Share akan berkurangan apabila anda menghantar terlalu banyak post.


FB ADS: MEMBINA JENAMA


Cara berinteraksi di domain awam seperti cara menjawab soalan, bentuk iklan yang disiarkan, testimoni dan maklum balas pelanggan akan membentuk persepsi orang mengenai sesuatu perniagaan. Manusia akan cenderung untuk membuat tanggapan berdasarkan kepada apa yang dapat dilihat oleh mata kasar. Cara kita berkomunikasi di media sosial boleh mempengaruhi tanggapan orang kepada perniagaan dan diri pemilik perniagaan tersebut. Post yang dikongsi, gambar yang dimuat naik dan kandungan post yang ditulis akan mempengaruhi pandangan orang terhadap seseorang atau perniagaan. Post yang disiarkan di dalam sesebuah Facebook Page organisasi atau perniagaan mestilah bersesuaian dengan objektif yang ingin dicapai oleh organisasi atau perniagaan tersebut.

Serlahkan jenama perniagaan anda, untuk menyerlahkan sesuatu jenama anda perlu menetapkan cara berkomunikasi secara atas talian yang baik. Cara komunikasi ini mesti konsisten pada setiap masa di semua platform media sosial yang digunakan. Perkara terpenting dalam pembentukan persepsi ialah berlaku jujur dan jadilah diri anda sendiri.

Lakukan SWOT analisis, senaraikan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman, gunakan data yang diperolehi untuk membentuk pelan komunikasi anda.  Melalui cara ini anda mempunyai rujukan yang jelas mengenai tindakan yang perlu diambil untuk mengekalkan persepsi yang baik terhadap perniagaan anda.

Cipta URL Facebook Page yang unik dan mudah diingati
URL Facebook ialah alamat domain yang anda kongsi untuk membolehkan orang menemui Facebook Page anda. Sebagai contoh www.facebook.com/eusahawanilpkl akan membawa anda ke Facebook Page Coach VB437.

Isikan maklumat berkaitan perniagaan anda
Facebook page menyediakan ruang untuk membolehkan anda mengisi maklumat berkaitan operasi pernaigaan anda seperti lokasi perniagaan, jenis produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, no telefon, alamat perniagaan dan alamat laman web. Maklumat ini akan membantu memudahkan pengguna mencari perniagaan anda serta menambahkan keyakinan mereka terhadap kewujudan pernaigaan anda.

Bina jaringan dan tingkatan hubungan dengan pelanggan
Jaringan boleh dibina dengan mengambil bahagian di dalam perbualan yang bermanfaat seperti berkongsi kepakaran dengan orang lain. Bilangan pengikut yang ramai akan membantu mempromosikan perniagaan anda dengan secara mudah dan percuma.



Cipta dan kongsi post
Bina persepsi yang positif dengan berkongsi maklumat yang berkaitan dengan perniagaan anda, tonjolkan kepakaran anda dan bekalkan maklumat mengenai cara produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan boleh membantu menyelesaikan masalah serta meningkatkan taraf hidup pembaca. Kongsi gambar yang ada kaitan dengan perniagaan anda yang boleh meningkatkan imej perniagaan anda. Jangan sesekali berkongsi post yang bersifat negatif yang menceritakan keburukan atau kelemahan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

FACEBOOK INSIGHT:: ENGAGEMENT, REACH DAN IMPRESSION




Engagement
Kandungan adalah perkara terpenting tetapi engagement menentukan segalanya. Jika tiada orang  bertindak balas kepada sesuatu kandungan ia tidak memberi makna. Prioriti utama ialah untuk membuat orang bertindak balas terhadap kandungan di dalam Facebook anda.
Berikut adalah cara untuk mengira engagement:
Engagement = Likes + Comments + Shares
Tiga elemen yang menunjukkan engagement yang positif terhadap post anda:

Likes
Bilangan orang yang Like sesuatu post menggambarkan bilangan orang yang menyukai sesuatu kandungan yang anda kongsi.

Comment
Bilangan komen orang terhadap sesuatu post. Bilangan komen adalah penting, nada komen akan memberikan gambarkan perasaan orang terhadap kandungan, produk atau jenama anda secara keseluruhan.

Shares
Bilangan orang yang berkongsi kandungan anda, mengukur bilangan perkongsian yang dibuat oleh yang melihat sesuatu post.


Engagement rate

Engagement rate digunakan untuk mengukur keberkesanan anda menarik perhatian audien. Engagement rate boleh membekalkan maklumat mengenai jenis post atau kandungan yang berjaya menarik perhatian orang.

Engagement Rate = (bilangan orang yang like, comment, share atau klik post anda)/(bilangan orang yang melihat post anda reach).

Contoh:
100 pengguna unik bertindak balas (Likes, shares, comments and clicks) kepada sesuatu post dan 1000 pengguna melihat post berkenaan
Pengguna bertindak balas = 100
Engagement rate = 10%

Engagement rate ke atas sesuatu psot secara individu adalah pengukuran kualiti kandungan yang terdapat di dalam post yang disiarkan di Page anda. Ia digunakan untuk membandingkan engagement antara dua post. Ia memberitahu kandungan yang boleh menarik perhatian audiens, ia juga boleh digunakan untuk menentukan sama ada ia telah mencapai sasaran audiens yang betul semasa bilangan pengikut bertambah.


Reach

Jumlah orang yang unik yang telah melihat kandungan berkaitan page anda.

Bagaimana reach dikira
Terdapat tiga jenis reach iaitu; organik, berbayar dan viral.

Organic Reach
Bilangan orang yang unik yang melihat kandungan anda di News Feeds, tickers atau  Page

Paid Reach
Bilangan orang yang melihat kandungan berbayar yang anda siarkan.

Viral Reach
Bilangan orang yang berbeza (unik) yang melihat post atau page di dalam kisah yang diterbitkan oleh orang lain. Cerita ini termasuk like, komen atau berkongsi page, menjawab solan atau memberi respon kepada sesuatu acara.

Reach mengukur mengukur jumlah audiens.


Impressions

Bilangan kandungan berkaitan page anda dipaparkan. Sama seperti reach impresion boleh dicapai dengan tiga cara iaitu organik, paid atau viral.

Perbezaan utama di antara reach dan impression ialah impression menunjukkan jumlah bilangan kandungan anda disiarkan manakala reach menunujukkan jumlah bilangan orang yang berbeza yang melihat kandungan anda disiarkan. Jika kandungan anda sebanyak dua kali disiarkan kepada lima orang yang sama (reach) ia dikira sebagai 10 impression.

Impression mengukur kemampuan anda untuk menyiarkan kandungan yang menarik minat audien di Facebook. Maklumat ini boleh membantu anda memahami bukan sekadar bilangan orang yang melihat sesuatu kandungan, malah ia juga membekalkan maklumat kekerapan orang melihat sesuatu kandungan.


Bagaimana untuk meningkatkan Facebook Reach dan Impression

  • Tingkatkan bilangan pengikut yang aktif di page.
  • Siarkan kandungan yang boleh digunakan dengan cepat dan mudah
  • Hadkan maklum balas negatif di dalam pages

Impression juga boleh ditingkatkan dengan menggunakan iklan berbayar. 




Well3 Tongkat Ali Capsule

Well3 Tongkat Ali Capsule RM 104.00 Kapsul Tongkat Ali diperbuat daripada akar Tongkat Ali yang berkualiti tinggi, diperolehi darip...