Jumlah Paparan Halaman

Facebook like

Jom Like dan Share Fb Coach VB437

Powered By Blogger

Dr Auto ILPKL

Dr Auto ILPKL
Pulzar Oil at Dr Auto ILPKL

O2O Member

020 Member

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)
CNI Business Owner (Klik Logo)
Memaparkan catatan dengan label IMPRESSION. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IMPRESSION. Papar semua catatan

FACEBOOK INSIGHT: PERFORMANCE METRICS


Performance metric digunakan untuk mengukur prestasi seseorang di Facebook. Untuk memahami bagaimana pengukuran dilakukan kita perlu definisi metric utama dan kepentingan metric tersebut semasa membuat pengukuran.  

Engagement metrics yang dibincangkan di dalam artikel ini digunakan untuk membina komuniti dan hubungan dengan pelanggan. Pengukuran yang terlibat ialah page likes, engaged users, engagement rate dan total engagement.

Page Likes

Page like ialah bilangan orang yang “Like” Facebook Page anda untuk satu tempoh masa tertentu. Ini ialah audiens anda di Facebook. Page like di Facebook adalah penting kerana ia akan menimbulkan persepsi bilangan orang yang meminati produk, servis atau jenama. Page like juga boleh digunakan untuk menyasarkan iklan kerana anda boleh memilih untuk menyiarkan iklan kepada orang yang like Facebook Pages anda atau anda boleh mengecualikan mereka dari kumpulan sasaran. Kini Facebook turut menawarkan kempen pengiklanan untuk mendapatkan lebih banyak Like.Iklan ini akan menyasakan orang yang betul yang sesuai dengan perniagaan anda dengan menyasarkan lokasi, umur dan minat dan mengajak mereka untuk Like Facebook Pages anda. Dengan mengukur pertambahan jumlah  Like, anda boleh mengenal pasti; kandungan yang menyumbang kepada pertambahan Like, bagaimana populariti anda berkembang dan bagaimana untuk mengoptimakan pembelian iklan berbayar.

Engagement 

Engagement mengukur interaksi orang dengan kandungan post atau promosi dengan orang berada di sekitar kehidupan mereka. Orang boleh melakukan engagement dengan cara berkongsi (share), memberi komen (comment), Like atau membuat klik pada sesuatu post.

Likes: Apabila pengguna suka pada sesuatu post yang terdapat pada Facebook Page.

Comments: Apabila pengguna memberi komen pada sesuatu post berkaitan jenama, produ atau perkhidmatan.

Shares: Apabila pengguna berkongsi maklumat berkaitan jenama, produk atau perkhidmatan dengan orang lain.


People Engaged


People Engaged: mengukur bilangan orang yang unik (orang yang berbeza) yang berinteraksi secara aktif dengan sesuatu post (Like, Comment, Share atau klik).


People

People menyenaraikan maklmuat demografi berkaitan orng yang Like page anda, bukan post. Maklumat demografic ini termasuk jantina, umur, maklumat geografi dan bahasa yang digunakan.


Reach and Impressions

Reach memberi maklumat bilangan orang yang telah melihat kandungan anda. Reach adalah satu indikator penting untuk mengukur keberkesanan strategi pemasaran sosial dan kandungan yang anda gunakan.


Terdapat dua jenis reach iaitu organik dan berbayar.

Organic Reach: Bilangan orang unik yang melihat kandungan anda di News Feed, tickers (ruang yang memaparkan berita terkini yang sedang berlaku secara real time di bahagian kanan News Fee) atau pada Facebook Pages anda.

Paid Reach: Bilangan orang unik yang melihat iklan berbayar.


Impressions

Cabaran terbesar semasa proses penjenamaan ialah untuk dipaparkan diruangan News Feed dengan seberapa kerap. Impression ialah metric yang mengukur beberapa kerap kandungan anda dipaparkan di news feed pengguna.



Engagement Rate

Engagement Rate mengukur kekerapan interaksi berbanding bilangan orang yang melihat sesuatu post. Semakin tinggi kadar engagement rate semakin berkesan sesuatu kandungan post yang dipaparkan untuk menarik perhatian pengguna.  



Facebook Reactions

Facebook Reactions mengukur reaksi pengguna terhadap sesuatu post yang disiarkan di Facebook Pages.


Visits

Digunakan untuk melihat bagaimana kandungan dari Facebook Page membawa pengguna ke laman web.


Pageviews

Pageview mengukur berapa laman yang dilawati oleh pengguna selepas mereka melawati laman web anda.


Rujukan: Ultimate Guide to Facebook Analytics




FACEBOOK INSIGHT:: ENGAGEMENT, REACH DAN IMPRESSION




Engagement
Kandungan adalah perkara terpenting tetapi engagement menentukan segalanya. Jika tiada orang  bertindak balas kepada sesuatu kandungan ia tidak memberi makna. Prioriti utama ialah untuk membuat orang bertindak balas terhadap kandungan di dalam Facebook anda.
Berikut adalah cara untuk mengira engagement:
Engagement = Likes + Comments + Shares
Tiga elemen yang menunjukkan engagement yang positif terhadap post anda:

Likes
Bilangan orang yang Like sesuatu post menggambarkan bilangan orang yang menyukai sesuatu kandungan yang anda kongsi.

Comment
Bilangan komen orang terhadap sesuatu post. Bilangan komen adalah penting, nada komen akan memberikan gambarkan perasaan orang terhadap kandungan, produk atau jenama anda secara keseluruhan.

Shares
Bilangan orang yang berkongsi kandungan anda, mengukur bilangan perkongsian yang dibuat oleh yang melihat sesuatu post.


Engagement rate

Engagement rate digunakan untuk mengukur keberkesanan anda menarik perhatian audien. Engagement rate boleh membekalkan maklumat mengenai jenis post atau kandungan yang berjaya menarik perhatian orang.

Engagement Rate = (bilangan orang yang like, comment, share atau klik post anda)/(bilangan orang yang melihat post anda reach).

Contoh:
100 pengguna unik bertindak balas (Likes, shares, comments and clicks) kepada sesuatu post dan 1000 pengguna melihat post berkenaan
Pengguna bertindak balas = 100
Engagement rate = 10%

Engagement rate ke atas sesuatu psot secara individu adalah pengukuran kualiti kandungan yang terdapat di dalam post yang disiarkan di Page anda. Ia digunakan untuk membandingkan engagement antara dua post. Ia memberitahu kandungan yang boleh menarik perhatian audiens, ia juga boleh digunakan untuk menentukan sama ada ia telah mencapai sasaran audiens yang betul semasa bilangan pengikut bertambah.


Reach

Jumlah orang yang unik yang telah melihat kandungan berkaitan page anda.

Bagaimana reach dikira
Terdapat tiga jenis reach iaitu; organik, berbayar dan viral.

Organic Reach
Bilangan orang yang unik yang melihat kandungan anda di News Feeds, tickers atau  Page

Paid Reach
Bilangan orang yang melihat kandungan berbayar yang anda siarkan.

Viral Reach
Bilangan orang yang berbeza (unik) yang melihat post atau page di dalam kisah yang diterbitkan oleh orang lain. Cerita ini termasuk like, komen atau berkongsi page, menjawab solan atau memberi respon kepada sesuatu acara.

Reach mengukur mengukur jumlah audiens.


Impressions

Bilangan kandungan berkaitan page anda dipaparkan. Sama seperti reach impresion boleh dicapai dengan tiga cara iaitu organik, paid atau viral.

Perbezaan utama di antara reach dan impression ialah impression menunjukkan jumlah bilangan kandungan anda disiarkan manakala reach menunujukkan jumlah bilangan orang yang berbeza yang melihat kandungan anda disiarkan. Jika kandungan anda sebanyak dua kali disiarkan kepada lima orang yang sama (reach) ia dikira sebagai 10 impression.

Impression mengukur kemampuan anda untuk menyiarkan kandungan yang menarik minat audien di Facebook. Maklumat ini boleh membantu anda memahami bukan sekadar bilangan orang yang melihat sesuatu kandungan, malah ia juga membekalkan maklumat kekerapan orang melihat sesuatu kandungan.


Bagaimana untuk meningkatkan Facebook Reach dan Impression

  • Tingkatkan bilangan pengikut yang aktif di page.
  • Siarkan kandungan yang boleh digunakan dengan cepat dan mudah
  • Hadkan maklum balas negatif di dalam pages

Impression juga boleh ditingkatkan dengan menggunakan iklan berbayar. 




Well3 Tongkat Ali Capsule

Well3 Tongkat Ali Capsule RM 104.00 Kapsul Tongkat Ali diperbuat daripada akar Tongkat Ali yang berkualiti tinggi, diperolehi darip...