Instagram Insights ialah ialah alat analitis yang disediakan oleh
Instagram untuk mengkaji maklumat asas pengunjung dan pengikut seperti
demografi dan tindakan yang mereka ambil di akaun Instagram anda. Maklumat ini
penting untuk mengenal pasti bentuk post yang paling berkesan untuk menarik
perhatian pelawat atau pengikut dan mengukur keberkesanan sesuatu kempen
pengiklanan.
Fungsi Instagram Insights hanya disediakan untuk pengguna akaun
Instagram Business sahaja. Fungsi Instagram Insight boleh di akses di dua
lokasi di dalam aplikasi Instagram; dari profil dan post.
Untuk melihat Insight daripada profil klik ikon menu pada bahagian atas
kanan profil dan cari Insight.


