Blog ini dibina untuk berkongsi maklumat berkaitan ilmu pemasaran digital.Untuk mengikuti kursus pemasaran digital secara PERCUMA sila layari http://bit.ly/eUsahawanILPKL, Like dan Share Facebook Page eUsahawanILPKL untuk mendapatkan perkongsian ilmu secara berterusan In Shaa ALLAH.
https://ilmuemas2020.com/
Napoleon Hill berkata, "Cara berfikir adalah pusat
kawalan bagi nasib. Cara berfikir menentukan kejayaan atau kegagalan hidup
kita. Penetapan minda mengawal aktiviti berfikir, justeru mempengaruhi tingkah laku
kita”. 17 Prinsip Asas beliau meliputi semua faktor subjektif kejayaan insan
supaya ilmu tentang kejayaan lebih mantap dan dapat diamalkan. Sebaik saja anda
belajar cara memanfaatkan potensi hebat hati dan cara mengurus serta
menyepadukan ilmu yang dipelajari, anda akan mampu mencapai matlamat yang jelas
di samping memperolehi kuasa hebat yang sangat bernilai.
Enzim adalah sejenis protein yang terdiri daripada asid amino.
Enzim memainkan peranan penting dalam mengoptimumkan proses penghadaman, dan penyerapan nutrien, di samping mengekalkan fungsi pelbagai sel yang mustahak untuk kesihatan dan panjang umur.
CNI Well3 Life Food
Manfaat Life Enzym:
Mengawalatur Fungsi Dalaman Tubuh Badan
Mengawalatur Fungsi Dalaman Tubuh Badan Enzim boleh mengimbangkan pH darah supaya cenderung beralkali lemah, menjaga persekitarandalaman badan, meningkatkan daya ketahanan badan serta mengekalkan keseimbangan tubuh badan secara menyeluruh.
Anti Radang
Radang berlaku apabila sel-sel yang tercedera dijangkiti bakteria. Enzim akan merangsang dan meningkatkan fungsi sel-sel darah putih untuk memulihkan sel-sel yang tercedera.
Nyahtoksin
Menyahtoksin adalah fungsi enzim yang terpenting. Enzim mampu menyingkirkan sisa toksin dalam badan, menguraikan nanah dan kotoran (toksin) pada luka atau salur darah untuk disingkirkan dari badan melalui organ penyahtoksin. Dengan itu, badan akan kembali normal dan bebas daripada ancaman radikal bebas.
Kuasa penguraian
Menguraikan nutrien bermolekul besar dan kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas supaya mudah diserap dan digunakan oleh sel-sel badan. Ia memastikan kelancaran sistem penghadaman dan keupayaan penyerapan tubuh badan.
Membersihkan darah
Enzim berperanan melambatkan tempoh pengoksidaan kolesterol untuk mengelakkan pengumpulan kolesterol pada dinding saluran darah, menguraikan asid urik, lemak serta mencegah trombosis bagi melancarkan peredaran darah.
Kuasa membina sel-sel baru
Enzim boleh meningkatkan kadar metabolisme dan membina sel-sel baru, pada masa yang sama ia juga menyembuh dan menyegarkan semula sel-sel rosak.
The Amazing Life Enzyme
Adakah anda sesihat yang disangka?
Seiring dengan pembangunan pesat industri dan perdagangan, masyarakat bandar cenderung bekerja lebih masa, makan makanan segera, tidur lewat malam, dan kurang bersenam. Restauran dan gerai yang menjual makanan segera ada di mana-mana dan boleh dikatakan punca utama masalah obesiti. Apabila kita makan terlalu banyak lemak, dan gula ia akan mencetus ketidakseimbangan nutrisi jangka panjang. Lama-kelamaan ia akan menyebabkan tiga masalah kesihatan utama: hiperlipidemia, paras gula darah tinggi,dan tekanan darah tinggi. Di samping itu, disebabkan jalinan kompleks ketidakseimbangan pemakanan dan zat, masalah-masalah kesihatan lain seperti ketakcernaan, kesihatan minda yang lemah, dan masalah sistem peredaran akan timbul. Jangan terkeliru bahawa hanya orang yang gemuk akan mengalami tiga masalah kesihatan utama tersebut. Sesiapa sahaja yang kurang pemakanan harian yang sihat, dan senaman yang tetap berada dalam risiko, termasuk orang kurus dan muda-mudi yang gemar makanan segera, ayam goreng, dan minuman bergas. Masyarakat sekarang biasa hidup dalam tekanan dari pelbagai faktor seperti kewangan, kerja atau hubungan peribadi. Pendedahan jangka panjang kepada stres boleh menyebabkan jantung berdebar, sesak dada, kesukaran pernafasan, sakit kepala, kerengsaan, mual dan sebagainya. Ramai yang menyangka masalah akan reda selepas tidur. Jika anda membiarkan simptom ini berlarutan, ia boleh mengganggu sistem imun, sistem endokrin, dan menimbulkan risiko penyakit kronik. Banyak masalah kesihatan adalah berkaitan dengan ketidakseimbangan zat, stres jangka panjang, kurang bersenam, dan gaya hidup tidak teratur. Anda mungkin masih muda dan menyangkal hal ini, tetapi apabila umur semakin meningkat dan anda mula sedar, penyakit-penyakit yang tersembunyi ini mungkin telah ada di dalam badan. Oleh itu, jika anda mahu sentiasa sihat, pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.
Kulit merupakan organ yang paling luas meliputi manusia. Kesihatannya memberi kesan yang besar kepada rupa dan imej seseorang. Kulit yang hodoh dan tidak sihat bukan sahaja mempengaruhi penampilan seseorang malah keyakinannya terus terjejas.
Nutrimoist adalah krim serbaguna terunggul dirumus khas dari bahan-bahan semulajadi untuk kulit yang bermasalah. Nutrimoist membekalkan nutrien dan air kepada kulit serta merangsangkan metabolisme sel, menyingkirkan tisu tua, tisu mati dan tisu rosak, dapat mengekalkan kelembutan kulit, mendorong pengaliran darah, menghilangkan pigmen dan kedut disamping mengaktifkan set-sel agar kulit cantik dan sihat.
Selain menjaga kesihatan kulit Nutrimoist juga berupaya melegakan masalah-masalah seperti berikut:-
1. Kesan selaran matahari
Sapukan dengan banyak pada kulit terkena selaran matahari, bengkak atau mengelupas untuk
melegakan ketegangan dan mengembalikan seri dan keanjalan kulit.
2. Melecur
Melecur api, minyak atau air panas, wap panas, tercalar atau terkena asid. Sapukan krim dengan
banyak untuk menyejukkan bahagian yang tercedera. Gunakan berulang kali.
3. Luka jerawat, luka pisau atau melecet
Hentikan pendarahan dan sapukan krim pada luka untuk mendorong metabolisme sel-sel kulit
membekalkan nutrien tambahan, meningkatkan daya ketahanan dan mencegah jangkitan luar.
Sapukan beberapa kali untuk mengelakkan daripada terbentuknya parut yang ketara.
4. Kulit merekah Kulit merekah adalah disebabkan pendedahan kerap kepada pencuci pakaian atau syampu rambut.
Boleh dicegah dengan menggunakan Nutrimoist secara kerap. Nutrimoist bertindak melindungi kulit
daripada kesan menghakis bahan pencuci disamping melembapkan kulit dan mendorong
metabolisme sel-sel kulit.
5. Sengatan lebah atau gigitan serangga Sapukan pada gigitan atau sengatan untuk menghilangkan bengkak dan memulihkan kesihatan tisu
Sapukan pada bahagian terlibat, urut perlahan-lahan selang beberapa minit.
12. Sengal-sengal sendi atau letih Sapukan pada bahagian terlibat dan urut serta picit untuk menghilangkan sakit dan keletihan.
13. Parut pembedahan, kesan regangan kulit Sapukan pada parut serta kesan regangan kulit dan urut secara lembut. Parut dan garis-garis yang hodoh akan hilang secara beransur-ansur.
14. Radang kelenjar parotid (beguk) Sapukan dengan banyak pada bahagian terlibat dan disekitarnya. Berhenti menggunakannya
dengan serta merta jika kulit kelihatan kering dan merekah atau kesan panas dirasai.
Disamping masalah diatas Nutrimoist juga dapat melegakan 'frost-bite' terseliuh, kecederaan sendi, bengkak, sakit gigi, sengal-sengal tulang dan pelbagai penyakit atau masalah kulit.