Jumlah Paparan Halaman

Facebook like

Jom Like dan Share Fb Coach VB437

Powered By Blogger

Dr Auto ILPKL

Dr Auto ILPKL
Pulzar Oil at Dr Auto ILPKL

O2O Member

020 Member

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)
CNI Business Owner (Klik Logo)

Kenali CNI

SYARIKAT KITA

Permulaan Kami

Sebuah syarikat tempatan, CNI Enterprise (M) Sdn Bhd telah membangun dengan pesatnya sehingga muncul sebagai salah satu syarikat terbesar jualan langsung di Asia Tenggara.
Ditubuhkan pada 1989, CNI menawarkan pelbagai rangkaian produk dalam 5 kategori utama iaitu kesihatan, penjagaan diri dan kosmetik, makanan dan minuman, isi rumah dan penjagaan auto, dan barangan lain.
Kisah perjalanan kejayaan CNI boleh dijejak ke permulaannya yang kecil di penghujung 1980-an apabila tiga usahawan berwawasan tinggi bekerjasama menubuhkan syarikat jualan langsung dengan visi memperkenalkan rancangan perniagaan kukuh yang membolehkan siapa saja memulakan perniagaan sendiri dengan modal yang minimum.
Daripada sebuah impian, sebuah visi – mula tumbuh dan berkembang serta melonjakkan syarikat ini menjadi salah satu peneraju utama dalam industri jualan langsung Malaysia. Pada Ogos 2005, CNI disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia melalui syarikat pegangan utamanya, CNI Holdings Berhad.

Visi & Misi

Sekilas Pandang

Dengan kesungguhan yang cekal dan semangat untuk mengubah hidup orang ramai tanpa mengira bangsa, agama atau warganegara, CNI telah memperkayakan kehidupan ramai individu melalui produk dan perkhidmatan inovatif berasaskan perkongsian pengalaman dan sokongan padu.
Bermula dari sebuah syarikat jualan langsung tempatan yang biasa-biasa dan kini merupakan sebuah syarikat tersenarai yang dipercayai, CNI telah berkembang ke luar negara dan memupuk serta mengembangkan sebuah komuniti yang setia.
Bersandarkan pertumbuhan yang menjangkau tiga dekad, CNI terus bergerak maju, menguja kehidupan ahli komunitinya yang dinamik dan menuju masa depan yang terjamin.

Visi

Kami adalah organisasi dinamik yang sentiasa berusaha untuk memperkayakan kehidupan ahli-ahli keluarga besar CNI melalui saling berkongsi pengalaman dan sokongan.
Kami yakin akan dapat mencapai wawasan kami dengan berteraskan nilai-nilai murni iaitu: Kerja Berpasukan & Perkongsian, Semangat Keusahawanan, Pengiktirafan, Peluang-Peluang dan Jenama Berinovasi.

Misi

Kami adalah lebih dari sekadar perniagaan; bertunjangkan nilai-nilai murni Asia, kami menyatukan yang terbaik dari Timur dan Barat bagi menghasilkan nilai terunggul buat membantu kehidupan ahli-ahli keluarga besar CNI.

Menguja Kehidupan

Usaha bersepadu kami atur dengan keikhlasan untuk menghasilkan pengalaman holistik yang mengujakan bagi meningkatkan kualiti hidup serta merangsang diri anda dan insan yang anda cintai.

Nilai-nilai Asia

Kami menyokong kesetiaan dan rasa hormat terhadap diri dan orang lain bagi menegakkan etika di samping memupuk keharmonian dan keseimbangan sosial dalam usaha mencapai 
1 Malaysia, 1 CNI, 1 dunia.

Technology barat

Kami menggalakkan dan menyokong pencarian ilmu dan kecemerlangan teknologi demi memperbaiki kesejahteraan komuniti kami di samping meraih keunggulan dan kepercayaan pasaran.

Jom Jadi Usahawan!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Well3 Tongkat Ali Capsule

Well3 Tongkat Ali Capsule RM 104.00 Kapsul Tongkat Ali diperbuat daripada akar Tongkat Ali yang berkualiti tinggi, diperolehi darip...