Jumlah Paparan Halaman

Facebook like

Jom Like dan Share Fb Coach VB437

Powered By Blogger

Dr Auto ILPKL

Dr Auto ILPKL
Pulzar Oil at Dr Auto ILPKL

O2O Member

020 Member

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)

Jom Jadi Usahawan! (KLIK LOGO)
CNI Business Owner (Klik Logo)

7 CARA UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN MENGGUNAKAN INSTAGRAM


Perniagaan di seluruh dunia menggunakan Instagram untuk mengembangkan perniagaan mereka. 80% orang mengikuti sesebuah perniagaan melalui Instagram.

Di dalam post ini kita akan melihat tujuh cara untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan Instagram.



Hasilkan kandungan berkualiti tinggi
Kualiti kandungan post adalah perkara terpenting di dalam blog, Facebook, Instagram atau mana – mana alat pemasaran media sosial. Imej di dalam Instagram adalah amat penting.

Imej di dalam Instagram mampu meningkatkan respons sehingga 23% berbanding imej yang disiarkan di dalam Facebook. Untuk mencapai perkara ini kandungan yang disiarkan mestilah bermutu tinggi.


Sebagai permulaan ikuti akaun Instagram lain yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang serupa dengan anda dan pelajari bagaimana mereka menyiarkan post mereka.


Jika ada berjumpa sesuatu post yang menarik perhatian anda, ambil screenshot dan simpan, jadikan sebagai rujukan untuk anda membina post anda pada masa akan datang.

Jom kita lihat beberapa bentuk kandungan yang boleh di muat naik ke Instagram.
“Di sebalik tabir”
Kandungan ini menunjukkan cara sesuatu produk atau perkhidmatan dihasilkan. Berikut adalah contoh post yang dihasilkan oleh Roll Royce.

Post ini menceritakan mengenai dua perkara iaitu; 
  • Syarikat mementingkan kualiti dan mereka menghasilkan produk dengan cara terbaik;  dan 
  • Ia juga menunjukkan bahawa pekerja yang bekerja menghasilkan produk melakukan kerja mereka dengan penuh minat dan berkemampuan untuk menghasilkan kualiti yang tinggi.

Gambar produk

Letakkan gambar produk anda di dalam post.


Perkara terpenting di sini ialah mengambil gambar yang bermutu tinggi. Faktor terpenting di dalam menghasilkan gambar bermutu tinggi ialah pencahayaan. Gunakan cahaya semula jadi, ambil gambar di tempat terang di luar bangunan atau berhampiran dengan tingkap.

Pelajari bagaimana orang lain menghasilkan gambar produk mereka.

Cipta Instagram stories
Instagram Stories ialah ciri baru yang diperkenalkan oleh Instagram yang boleh digunakan untuk berkongsi gambar dalam bentuk slideshow dan video. Kandungan ini mesti kurang dari 30 saat dan cerita ini akan di padam selepas 24 jam.


Berinteraksi dengan audien
Apabila menggunakan Instagram atau platform pemasaran digital yang lain adalah penting untuk membina hubungan dengan audiens.

Beri respon terhdapat post mereka dan bantu mereka untuk menyelesaikan masalah mereka, mereka akan merasa dihargai dan mereka akan menantikan kandungan yang akan datang dan memberikan reaksi (Like, Comment, Share).

Ucapkan terima kasih apabila sesuai.  Anda juga boleh meminta mereka melakukan sesuatu. Berikut adalah contoh yang diambil dari Instagram Foundr.


Apa yang dilakukan hanya meminta orang untuk tag kawan mereka yang boleh mendapat manfaat dari post yang dibuat.

Anda akan dapati ada orang akan mengikuti permintaan anda.

Apa terdapat orang yang memberi komen yang negatif, anda perlu memberi respons dengan segera, sebaiknya hubungi mereka secara peribadi. Elakkan ari menjawab secara terbuka di ruangan komen.


Kekalkan nama baik jenama anda
Jenama melibatkan semua aspek di dalam akaun anda. Cara anda memaparkan imej, kapsyen yang anda gunakan dan kekerapan penghantaran post akan memberi kesan kepada jenama anda.

Cipta gaya anda sendiri, anda akan mudah dikenali dari gaya penyampaian mesej anda apabila mesej tersebut dikongsi dengan orang lain.




Influencer marketing
Influencer marketing adalah membuat iklan di akaun Instagram orang lain dengan bayaran tertentu.


Instagram Ads
Sebagaimana Facebook dan Google, Instagram turut menyediakan perkhidmatan iklan berbayar yang boleh dimanfaatkan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.


Anjurkan pertandingan
Pertandingan boleh digunakan untuk berinteraksi dengan pengikut di dalam Instagram serta menawarkan ganjaran kepada mereka.

Antara jenis pertandingan yang boleh dibuat ialah giveaway, di mana anda akan memberikan hadiah apabila pengikut anda melakukan sesuatu tindakan tertentu.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Well3 Tongkat Ali Capsule

Well3 Tongkat Ali Capsule RM 104.00 Kapsul Tongkat Ali diperbuat daripada akar Tongkat Ali yang berkualiti tinggi, diperolehi darip...